Thursday, May 9, 2024

MERAWAT PENYAKIT FIBROID TUMORS DENGAN KAEDAH HOMEOPATHY

Apakah itu fibroid?

  • Fibroid adalah ketumbuhan yang paling sering dilihat pada sistem reproduktif wanita. Fibroid, juga dikenali dalam istilah lain seperti myomas, leiomyomas, atau fibroma rahim yang merupakan ketumbuhan yang padat yang terhasil daripada sel-sel otot dan tisu penghubung yang berkembang di rahim. Walaupun mereka terdiri daripada otot yang sama seperti dinding uterus (myometrium), mereka lebih padat daripada myometrium biasa. Dianggarkan bahawa di antara 20 hingga 50 peratus wanita usia reproduktif mempunyai fibroid, walaupun tidak semua dikenal pasti. Sesetengah kiraan menganggarkan bahawa fibroid akan ditemui dalam golongan wanita sewaktu mereka hamil, walaupun hanya kira-kira satu pertiga daripada fibroid ini yang cukup besar untuk dikesan oleh doktor semasa pemeriksaan fizikal.
  • Fibroid biasanya adalah ketumbuhan yang jinak (bukan kanser). Mereka mungkin berbeza ukuran dan saiz. Walau bagaimanapun, fibroid yang sangat besar boleh menyebabkan tekanan pada pundi kencing atau organ berdekatan yang lain, menyebabkan sakit bahagian bawah perut atau pendarahan yang berlebihan semasa haid.
  • Jenis fibroid yang dialami oleh golongan wanita bergantung kepada lokasinya pada rahim. Antaranya adalah:
    • Fibroid intramural: Jenis ketumbuhan yang paling biasa. Jenis-jenis ini muncul di dalam dinding otot uterus. Fibroid intramural boleh membesar dan boleh meregangkan rahim anda.
    • Fibroid subserosal: Fibroid ini biasanya terbentuk di luar rahim anda pada lapisan yang dipanggil serosa. Mereka boleh tumbuh cukup besar untuk menjadikan rahim anda kelihatan lebih besar pada satu bahagian.
    • Fibroid pedunculated: Fibroid subserosal boleh membentuk tangkai pada dasar fibroid yang menyokong ketumbuhan tersebut.
    • Fibroid submukosal: Jenis fibroid ini berkembang di lapisan otot tengah, atau myometrium dari rahim anda dan boleh tertolak ke dalam rongga rahim.
    • Fibroid serviks: Ketumbuhan ini berakar di leher rahim dan jarang berlaku.

Apakah penyebab fibroid?

Perkembangan fibroid masih tidak jelas, tetapi beberapa faktor boleh mempengaruhi pembentukannya. Kemungkinannya perkembangan fibroid berkaitan dengan tahap estrogen dan progesterone kerana tahap hormon-hormon lebih tinggi semasa tahun-tahun reproduktif wanita. Antara penyebab yang mungkin menyebabkan pembentukan fibroid adalah:

  1. Hormon: estrogen dan progesteron adalah hormon yang dihasilkan oleh ovari. Mereka menyebabkan lapisan rahim bertumbuh semula semasa setiap kitaran haid dan boleh merangsang pertumbuhan fibroid.
  2. Faktor keturunan: fibroid boleh berlaku di dalam keluarga. Jika ibu, kakak, atau nenek anda mempunyai fibroid, anda juga boleh menghadapinya.
  3. Kehamilan: kehamilan meningkatkan pengeluaran estrogen dan progesteron dalam badan anda. Fibroid boleh berkembang dan berkembang dengan pesat semasa anda mengandung. Mereka juga lebih cenderung untuk berkembang apabila seorang wanita mengambil pil kawalan kelahiran yang mengandungi estrogen.
  4. Obesiti: berat badan berlebihan boleh menjadi penyebab fibroid.

Apakah tanda-tanda fibroid?

Gejala yang dihadapi bergantung kepada bilangan ketumbuhan fibroid, lokasi dan saiznya. Antara tanda-tanda fibroid adalah:

·       Haid yang berlebihan dan menyakitkan, juga dikenali sebagai menorrhagia

·       Kekejangan perut yang semakin teruk

·       Kitaran haid yang berlarutan untuk tempoh panjang

·       Kekurangan darah (anaemia) akibat haid berlebihan

·       Sakit belakang bahagian bawah atau sakit kaki

·       Sembelit

·       Ketidakselesaan di bahagian bawah perut terutamanya dalam kes fibroid yang besar

·       Kerap kencing

·       Sakit semasa hubungan seksual, dikenali sebagai dyspareunia

·       Masalah proses melahirkan anak

·       Masalah kehamilan

·       Masalah kesuburan

·       Keguguran berulang

·       Peningkatan berat badan

·       Bengkak pada perut bahagian bawah.

Apabila fibroid berkembang, ia boleh terus membesar sehingga menopaus. Apabila tahap estrogen jatuh selepas menopaus, fibroid biasanya akan susut dalam saiz. Jika ketumbuhan anda sangat kecil atau anda sedang menopaus, anda mungkin tidak mempunyai sebarang gejala. Hal ini kerana wanita yang menopaus akan mengalami penurunan tahap estrogen dan progesteron dan hormon inilah yang merangsang pertumbuhan fibroid.

Apakah rawatan fibroid?

Terdapat pelbagai jenis cara untuk merawat fibroid rahim. Rawatan hanya disyorkan untuk wanita yang mengalami gejala yang menjejaskan aktiviti harian. Lokasi fibroid, keparahan gejala yang dialami, dan rancangan seseorang untuk hamil pada masa depan mempengaruhi keputusan jenis rawatan yang hendak diperolehi.

Ubat untuk merawat simptom seperti pendarahan yang banyak:

·       Ubat tahan sakit yang dikenali sebagai Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs): Contoh ubatan adalah Mefenamic acid dan Ibuprofen. Ubatan ini berfungsi untuk menghentikan pembuluh darah kecil yang menyebabkan pendarahan rahim. Kira-kira 50% kehilangan darah dapat dikurangkan. NSAID mungkin berkesan untuk mengurangkan kesakitan disebabkan oleh fibroid dan tidak menjejaskan kesuburan.

·       Pil perancang kehamilan: Lebih dikenali sebagai pil kontraseptif. Pil ini membantu mengawal kitaran ovulasi, dan mereka boleh membantu mengurangkan kesakitan atau pendarahan semasa haid.

·       Sistem intrauterine Levonorgestrel (LNG-IUS): Satu peranti plastik yang kecil diletakkan di dalam rahim untuk melepaskan hormon yang dipanggil levonorgestrel secara sedikit demi sedikit. Hormon ini mengelakkan lapisan dalam rahim daripada berkembang terlalu cepat dan sekali gus pendarahan haid dapat dikurangkan.

Ubat-ubatan untuk mengecutkan fibroid:

·       GnRH agonist: Ubat ini berfungsi untuk mengecutkan fibroid. Antara kesan sampingan ubatan ini adalah anda mungkin mengalami gejala seperti hendak menopaus, termasuklah kilasan panas, berpeluh dengan lebih banyak, kekeringan faraj, dan, dalam beberapa kes, risiko osteoporosis yang lebih tinggi. Ubat ini juga diberikan sebelum pembedahan untuk mengecutkan fibroid. Ubat ini hanya digunakan dalam jangka masa yang pendek sahaja.

Pembedahan untuk fibroid

Fibroid yang teruk mungkin tidak bertindak balas terhadap pilihan rawatan yang lebih konservatif, dan pembedahan mungkin diperlukan. Doktor yang merawat boleh mempertimbangkan prosedur berikut:

·       Hysterectomy: Prosedur ini adalah pembuangan sebahagian atau keseluruhan rahim. Prosedur ini membantu mengubati fibroid yang sangat besar atau pendarahan yang berlebihan.

·       Myomectomy: Prosedur ini adalah penyingkiran fibroid daripada dinding otot rahim. Ia membantu wanita yang masih merancang untuk hamil pada masa depan.

Terdapat juga rawatan yang terkini dan tidak memerlukan pembedahan seperti:

·       Uterine artery embolisation (UAE): Prosedur ini biasanya digalakkan untuk wanita yang mempunyai fibroid yang besar. Pakar radiologi biasanya akan menjalankan prosedur ini. Bahan kimia akan disuntik melalui saluran pada kaki dipandu oleh pencahayaan sinaran fluoroskopik. Dengan ini, saluran darah ke fibroid akan dihalang dan sekaligus mengecutkan ketumbuhan tersebut.

·       Endometrial ablation: Prosedur ini menghapuskan lapisan di dalam rahim dengan menggunakan laser. Jika terdapat fibroid yang kecil yang berada pada permukaan dalam rahim, ia akan sekaligus dihapuskan.

·       MRI guided percutaneous laser ablation: Teknik ini adalah antara prosedur yang baru untuk merawat fibroid dengan penggunaan MRI. Suatu pemeriksaan MRI digunakan untuk mencari fibroid. Jarum halus kemudian dimasukkan melalui kulit dan tisu badan pesakit sehingga mereka mencapai fibroid yang disasarkan. Peranti laser dimasukkan melalui jarum untuk mengecutkan fibroid.

·       Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik yang biasanya diberikan untuk merawat antaranya :

·        

REN 2,REN 3,ST25,ST36

·        

·       Rujukan : https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/kesihatan-wanita/fibroid-rahim/tanda-tanda-fibroid#:~:text=Fibroid%20biasanya%20adalah%20ketumbuhan%20yang,pendarahan%20yang%20berlebihan%20semasa%20haid.

·       Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang diberikan adalah

·       LAPIS ALBUS,PALLADIUM ,CALCAREACARB

·       Rujukan : select your remedy 

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #shahalam #subangjaya #ttdijaya #glenmarie #bukitjelutong #seksyen13 #petalingjaya #seksyen7 #kelanajaya #seksyen9 #lamanglenmarie #kotadamansara #aradamansara #putraheights #subangsuria #puchongperdana #aradamansara #bukitjelutong #meru #seksyen36 #seksyen7 #seksyen22 #setiaalam #desaalam #cahayaalam  #puchongprima #kinrara #seksyen28 #seksyenu1#bandra kirara# warga puchong# putra bestari# penduduk seksyen 13#komuniti Banda sir damansar# khas penduduk mont kiara# ttdi Banda utama# penduduk bangar petaling # penduduk kualu lumpur bangsar  cheras# metropolitan square damasara perdana

Tuesday, May 7, 2024

PENYAKIT BATU KARANG BOLEH DIRAWAT MELALUI KAEDAH HOMEOPATHY & AKUPUNTUR

Penyakit Batu Karang Hempedu

Penyakit batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia.Ia dikaitkan dengan peningkatan pengambilan makanan berlemak. Perkhidmatan radiologi yang semakin maju membolehkan lebih ramai pesakit didiagnosa dengan penyakit ini. Penyakit ini agak unik kerana ia melibatkan 3 organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas. Tanda dan gejala klinikal penyakit ini adalah  berbeza-beza bergantung samada aliran hempedu terhalang. Pembedahan laparoskopi dapat memulihkan pesakit dengan lebih cepat dan membolehkan pesakit malakukan aktiviti seharian.

Apa itu pundi hempedu dan fungsinya?
Pundi hempedu adalah organ yang terletak di bawah hati. Ia berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan hempedu yang dihasilkan oleh hati. Hempedu penting untuk penyerapan dan pencernaan lemak. Apabila makanan yang sedang dicerna melalui bahagian atas usus kecil (duodenum), hormon yang dipanggil Cholecystokinin dilepaskan bagi merangsang pembebasan hempedu.
Hempedu mengandungi air, kolesterol, lemak, garam hempedu, protein dan bilirubin. Bilirubin merupakan satu produk akhir sel darah merah. Kolesterol, garam hempedu dan bilirubin adalah tiga komponen utama yang menentukan pembentukan batu karang hempedu.

Apakah batu karang hempedu?
Batu karang hempedu adalah formasi seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan ditemui dalam pelbagai bentuk, warna dan ketekalan. Ia terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Lama-kelamaan batu karang hempedu ini menjadi bertambah besar atau semakin banyak. Batu karang hempedu boleh terperangkap sepanjang duktus sistk atau duktus hempedu sesama apabila ia keluar dari pundi hempedu. Batu karang hempedu juga boleh terbentuk di hati, duktus hepatik atau duktus hempedu. Batu karang hempedu dikelaskan berdasarkan komponen kimia dalam batu kolesterol, batu pigmen dan batu bercampur. Majoriti batu karang hempedu adalah batu bercampur.

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan batu karang hempedu iaitu:
  1. Jantina. Wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki. Ini adalah disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan dalam kalangan wanita. Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon dan pil perancang keluarga mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan. Estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu, seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu. Estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu.
  2. Berat badan. Obesiti merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
  3. Diet.  Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.
  4. Umur. Individu berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.
  5. Diabetes. Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.
  6. Ubat kolesterol. Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.
Anemia hemolitik. Sel darah merah dimusnahkan kerana masalah tertentu. Heme, komponen sel darah merah yang dimetabolismekan ke bilirubin.

Tanda dan gejala
Kebanyakan batu karang hempedu tidak menyebabkan tidak menunjukkan tanda atau gejala. Ia dikesan semasa pemeriksaan rutin dijalankan. Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan gejala seperti rasa sakit yang berpanjangan selama beberapa minit di bahagian kanan atas abdomen. Rasa sakit ini disebut ‘gallstone colic’. Gejala ini biasanya disertai dengan loya dan muntah.
Ia berkurang dengan sendirinya tetapi boleh berlaku semula sekali-sekala. Keradangan pundi hempedu atau jangkitan hempedu statik dipanggil cholecystitis akut dan ia boleh menyebabkan demam.
Batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan. Hempedu yang berlebihan akan melimpah ke peredaran sistemik lalu menyebabkan jaundis atau mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan.Bagi kes yang teruk pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit menyebabkan gatal. Gejala lain termasuklah sakit perut, loya dan muntah. Jangkitan hempedu statik mempunyai gejala lain seperti demam dan disebut sebagai Ascending Cholangitis. Jika tidak dirawat, boleh membawa maut.
Batu karang hempedu di bahagian hujung duktus hempedu sesame akan menghalang aliran enzim pankreas dari pankreas kerana duktus hempedu sesame dan duktus pankreas berkongsi laluan ke dalam duodenum yang dipanggil ‘Ampulla of Vater’. Aliran enzim pankreas yang tersekat boleh menyebabkan radang pankreas, atau Pankreatitis Akut. Ia menyebabkan sakit teruk di tengah bahagian atas abdomen hingga ke belakang.
Diagnosa
Jika individu mengalami gejala yang disebutkan di atas, penyakit ini disahkan dengan menggunakan kaedah berikut:
  1. Ujian darah. Penyiasatan ini penting untuk menentukan status penyakit. Penyiasatan darah tertentu seperti bilangan sel, ujian fungsi hati dan serum amilase penting untuk mengesahkan jangkitan, halangan dan pankreatitis.
  2. X-Ray Perut. Sepuluh peratus batu hempedu adalah radiolegap, iaitu boleh dilihat di sinaran x. Ditemui secara kebetulan semasa menjalankan ujian untuk tujuan lain. Sinaran x bukan alat utama untuk mendiagnosa penyakit ini.
  3. Ultrabunyi. Merupakan teknik pengimejan yang mudah, cepat dan tidak berbahaya yang biasa digunakan untuk mendiagnosis penyakit batu karang hempedu. Ia juga boleh menentukan jika terdapat halangan pada aliran hempedu. Walau bagaimanapun, batu karang hempedu sukar dikesan terutamanya jika saluran diseliputi oleh udara dalam usus.
  4. Imbasan tomografi berkomputer atau CT scan.  Merupakan satu teknik pengimejan yang tidak berbahaya menggunakan sinaran x untuk menghasilkan keratan rentas imej badan. CT scan membantu mengesahkan keputusan ultrabunyi terutama dalam menilai duktus hempedu sesama yang terhalang.
  5. Endoskopi songsang cholangio-pancreatography atau ERCP. Ini adalah satu prosedur endoskopik dengan penggunaan tambahan fluoroscopy atau media kontras disuntik melalui duktus hempedu dan imej adalah digambarkan oleh X-Ray. Peranannya sebagai alat diagnostik telah berkurangan dengan adanya bukan invasif teknik pengimejan. Usa semasa ERCP adalah terutamanya terapeutik untuk membuang batu di duktus hempedu.
Rawatan
Rawatan batu karang hempedu bergantung kepada gejala dan lokasi. Kebanyakan batu karang hempedu yang asimptomatik tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, pembedahan diperlukan bagi keadaan tertentu. Sila berbincang dengan pakar jika anda mengalami keadaan seperti ini.
Pesakit dengan batu karang hempedu simptomatik perlu dimasukkan ke wad, diberikan ubat pelalian, ubat pencegah kejang dan antibiotik sekiranya terdapat tanda jangkitan.
Apabila gejala semakin reda, pesakit dinasihatkan untuk menjalani cholecystectom iaitu prosedur membuang pundi hempedu. Ia dilakukan secara terancang. Pembedahan ini dilakukan menggunakan pendekatan laparoskopi atau pembedahan lubang kunci. Kamera dan instrumen pembedahan dimasukkan ke dalam rongga abdomen melalui 3 atau 4 hirisan kecil di perut selebar 0.5 cm hingga 1.0 cm. Pembedahan laparoskopi mengurangkan kesakitan dan pesakit pulih dengan cepat serta kembali melakukan aktiviti seharian. Kadang-kala cholecystectomy dilakukan menggunakan kaedah konvensional terbuka terutama semasa kecemasan atau apabila pakar bedah menghadapi kesukaran semasa melakukan pembedahan laparoskopi.
Rujukan:- http://www.myhealth.gov.my/penyakit-batu-karang-hempedu/

Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik
yang biasanya diberikan untuk merawat penyakit batu karang
antaranya adalah:-
Sp. 6., Lu 7., K7

ruj : Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”

Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang diberi adalah:-
Chelidonium, Calcarea Carb, Berberis Vul, China

Ruj : select you remedies

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #puchong #puchongutama #shahalam #klang #subang #batu13 #subangjaya #seksyen23 #glenmariebusiness #puchongcommunity #seksyen19 #temasyaglenmarie #puchongpeople #puchongjaya #floradamansara #tamanD’alpinia #mutiaradamansara #aradamansara #residensialamiseksyen13 #seksyen7 #kotadamansara #pendudukbangsar #cheras #puncakalam #meruresidents #meru #bukitkapar #wargau5 #desaalam #cahayaalam #putraperdana #puchongpermai

Monday, May 6, 2024

TESTIMONI PELANGGAN DARIPADA GOOGLE REVIEW SHARIFAH MAISARAH

                          REVIEW PELANGGAN DARIPADA GOOGLE

"Services mantap...pekerja baik dan sangat ramah"

Terima kasih atas sokongan anda kepada kami.

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #shahalam #subangjaya #ttdijaya #glenmarie #bukitjelutong #seksyen13 #petalingjaya #seksyen7 #kelanajaya #seksyen9 #lamanglenmarie #kotadamansara #aradamansara #putraheights #subangsuria #puchongperdana #aradamansara #bukitjelutong #meru #seksyen36 #seksyen7 #seksyen22 #setiaalam #desaalam #cahayaalam  #puchongprima #kinrara #seksyen28 #seksyenu1 #seksyen19 #seksyen18