Friday, October 11, 2013

APA ITU EKZEMA

Ekzema

Apa itu ekzema?

Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan. Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak. Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

Apa penyebab ekzema?

* Keturunan.

* Alahan

* Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.

* Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-

o Infeksi virus.

o Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.

o Lain lain jangkitan.

* Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan


Apa kah tanda tanda dan gejala-gejala ekzema?

Ekzema kelihatan seperti :

* Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki

* Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.

* Bengkak kecil yang berair.


Atopic ekzema pada muka kanak-kanak.

Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?

Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:

* Ubat pencegah gatal seperti antihistamin

* Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.

* Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .

* Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman

Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.


Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?

* Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman

* Elakkan mandi air panas/suam.

* Elakkan memakai baju berlapis-lapis

* Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.

* Elakkan dari fabrik yang kasar.

* Jangan gunakan sabun apabila mandi.

* Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda

* Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.




Rawatan Alternatif:

Rawatan homeopati adalah salah satu rawatan yang boleh dicuba namun anda harus bersabar dalam merawat kes ekzema ini kerana ia memerlukan rawatan yang lama , sekitar 2 hingga 3 tahun.

Dalam homeopati anda bepeluang 50 - 50 untuk menyembuhkan penyakit ini.
Tidak ada waranti dalam merawat kes ini.