Monday, April 29, 2024

4 PERKARA YANG PERLU DIMAKLUMKAN SEBELUM RAWATAN AKUPUNTUR


 APAKAH MAKLUMAT YANG PERLU DIMAKLUMKAN KEPADA PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI?

Empat maklumat yang perlu dimaklumkan kepada pengamal perubatan tradisional dan komplementari.

Yang pertama, seandainya anda wanita dan anda mengandung, anda perlu memaklumkan kepada pengamal perubatan tradisional dan komplementari.

Kedua, seandainya, anda menggunakan pacemaker ataupun penentak jantung, anda perlu memaklumkan kepada pengamal perubatan tradisional dan komplemetari.

Ketiga, seandainya anda mengambil ubat pencair darah, steroid atau apa-apa ubat anda perlu memaklumkan kepada pengamal perubatan tradisional dan komplementari.

Yang terakhir sekali, seandainya anda ada alahan kepada logam.