Friday, May 10, 2024

PENYAKIT BUAH PINGGANG BOLEH DIRAWAT MELALUI KAEDAH AKUPUNTUR & HOMEOPATI

 

 


WARGA EMAS BOLEH MENGALAMI GEJALA MEMBUANG AIR KENCING YANG KERAP, KENCING MALAM(NOCTURIA) ATAUPUN KERAP KENCING MALAM. INI DISEBABKAN OLEH BERKURANGNYA KEBOLEHAN BUAH PINGGANG UNTUK MENGENDALIKAN AIR KENCING, BAIK DARI SEGI PEMEKATAN AIR KENCING ATAUPUN PENYIMPANAN YANG BERKESAN TERUTAMANYA PADA WAKTU MALAM.


PENGENALAN
  • Penuaan adalah proses yang normal dan perlahan tetapi tidak semua orang menjadi tua dengan cara atau kadar yang sama.
  • Fungsi organ merosot pada kadar yang berbeza, bermula pada umur 30 tahun di mana sel-sel tubuh mulai merosot bilangannya terutamanya sel otak, hati dan buah pinggang.
  • Semasa proses penuaan berlaku, fungsi buah pinggang berkurangan dan saiznya mengecil.  Aliran darah ginjal perlahan-lahan berkurangan daripada 1200ml/min di antara umur 30 dan 40 tahun kepada 600ml/min pada umur 80 tahun disebabkan penurunan salur darah ginjal.
GEJALA DAN TANDA
  • Warga emas boleh mengalami gejala membuang air kencing yang kerap, kencing malam(nocturia) ataupun kerap kencing malam. Ini disebabkan oleh berkurangnya kebolehan buah pinggang untuk mengendalikan air kencing, baik dari segi pemekatan air kencing ataupun penyimpanan yang berkesan terutamanya pada waktu malam.
  • Pengurangan fungsi buah pinggang yang berlebihan bukanlah sebahagian daripada proses penuaan yang normal tetapi boleh disebabkan oleh komplikasi buah pinggang dalam penyakit kronik seperti hipertensi, diabetes atau sakit lain di awal kehidupan.
komplikasi

Kegagalan buah pinggang mempunyai  implikasi seperti:

  • Risiko toksin dan kesan sampingan dadah  atau ubat-ubatan ke atas buah pinggang akibat dari penurunan pembersihan ubat daripada buah pinggang.
  • Risiko isipadu air dalam badan yang berlebihan (kegagalan jantung: masalah pembuangan air), dehidrasi (masalah penyimpanan air), kekurangan/kelebihan natrium (masalah pengendalian garam natrium), kelebihan kalium (masalah pembuangan garam kalium) dan asidosis (masalah pembuangan asid).
Rawatan
  • Kegagalan fungsi ginjal yang kekal, tidak akan dapat dipulihkan.
  • Walau bagaimanapun, penurunan fungsi ginjal dapat dikurangkan dengan mengawal diabetes, hipertensi dengan gaya hidup yang sihat dan mengambil rawatan yang dinasihatkan oleh doktor supaya komplikasi kegagalan buah pinggang tidak berlaku.
Pencegahan
  • Elakkan daripada mengambil ubatan (termasuk tradisional dan herba) yang mungkin toksik kepada ginjal. Pilih jenis dan dos ubat-ubatan yang sesuai sahaja dengan nasihat doktor.
  • Mencegah penyakit diabetes dan darah tinggi daripada berlaku dengan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
  • Tanya doktor anda mengenai penilaian risiko jatuh jika berlaku kencing malam atau inkontinen (pengeluaran air kencing diluar kawalan).
Rujukan :- http://www.myhealth.gov.my/buah-pinggang-ginjal/



Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik
yang biasanya diberikan untuk merawat sakit nephritis/buah pinggang
antaranya adalah:-
Du 20.,UB 23.,UB 25.,UB 26.,Du 3.,Du 4.,Ren 3
ruj : Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”



Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang diberi adalah:-
Calcarea Iod,Sepia,Hydro nephrosis,Plumbum,Ars.Alb,Nephritis,Uremia,Belladonna,Helleborus,Cantharis,Cuprum Ars,Urtica urens,Terebinth
Ruj : select you remedies

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #shahalam #subangjaya #ttdijaya #glenmarie #bukitjelutong #seksyen13 #petalingjaya #seksyen7 #kelanajaya #seksyen9 #lamanglenmarie #kotadamansara #aradamansara #putraheights #subangsuria #puchongperdana #aradamansara #bukitjelutong #meru #seksyen36 #seksyen7 #seksyen22 #setiaalam #desaalam #cahayaalam  #puchongprima #kinrara #seksyen28 #seksyenu1#bandra kirara# warga puchong# putra bestari# penduduk seksyen 13#komuniti Banda sir damansar# khas penduduk mont kiara# ttdi Banda utama# penduduk bangar petaling # penduduk kualu lumpur bangsar  cheras# metropolitan square damasara perdana