Wednesday, March 20, 2013

Akupunktur untuk Perempuan


Profile H/Dr Badriah


H/Dr Badriah berasal daripada bachok-kelantan. Seorang Pengamal Akupuntur & Homeopathy Wanita. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kubang Golok, Bachok Kelantan kemudian melanjutkan ke Sekolah Menengah Nipah Bachok. Mula Meminati bidang Perubatan Alternative selepas Menghadiri Seminar Homeopathy yang dianjurkan Oleh Prof Dr Nik Omar di Perdana Resort PCB Koba Bharu pada tahun 2002.

Bermula Pada tahun

2002-Menghadiri Seminar Perubatan Complimentary Antarabangsa Di Perdana Resort PCB, Kota Bharu yang juga dihadiri lebih daripada 500 deligasi dari seluruh dunia.

2002-Beliau mula mempelajari bidang Homeopathy & Akupuntur daripada The Faculty Of Homeopathy Malaysia dibawah tunjuk ajar -Prof Dr Nik Omar, Prof Dr Mohd Nasir, Prof Dr Mohd Zian, H/Dr Che Musa, H/Dr Faridah, H/Dr Khalthom, H/Dr Zaharah, H/Dr Nik Fairuz Dan Semua Tenaga Pengajar The Faculty Of Homeopathy Malaysia.

Rujukan http://homeopati-akupuntur-wanita.blogspot.com/

Saturday, March 9, 2013

One Day Homeopathy Conference

Kolkata, India 6 desember 2011

Seramai 4 orang doktor homeopathy dari Malaysia telah menghadiri Seminar Perubatan Homeopathy selama satu haru yang diadakan di Hotel Hyatt International, Kolkata India pada 6 Desember 2011.

Prof Dr Nik Omar adalah salah seorang tetamu kehurmat di persidangan tersebut dimana, Dr Nik Omar telah membentangkan kertas kerja bertajuk: Infertility and Homeopathic Treatment.

Seramai 100 orang doktor-doktor dari seluroh India mengahdiri Seminar ini termasuk Prof Dr L M Khan, salah seorang pensayarah di National Institute of Homeopathy Kolkata, India.

Seminar ini anjuran North Kolkata Homeopathic Foundation yang diketui oleh Dr Ashok Singh.

Pada Persidangan ini: Homeopathic Foundation of Kolkata telah menanugerahkan
HOMEO SULTAN kepada Prof Dr Nik Omar kerana jasa-jasa beliau telah telah mengembangkan homeopathy di Malaysia dan juga diperingkat antarabangsa.

Sementara Prof L M Khan telah memuji perjunagan Dr Nik Omar selama 30 tahun ' Non Stop' struggling for the development of Homeopathy in Malaysia.







Lawatan Allen Lab Ltd

Kolkata, India 5 Desember 2011

Seramai 4 orang ahli rombongan Homeopathy dari malaysia yang diketuai oleh prof Dr Nik Omar selaku Vice Presiden Liga Homeopathy Antarabangsa malaysia telah melawat Kilang Ubat Homeopathy terbesar di Kolkata - Allen Lab ltd.

Sewaktu lawatan ini Dr Nik Omar telah diberi penghurmatan oleh Pengarah Urusan Allen lab dengan melantik Dr Nik Omar sebagai Penasihat Kehurmat kepada Syarikat Gergasi ini.
Pelantikan ini disampaikan sendiri oleh Dr G P Sarkar, Founder Chairman Allen lab.

Bersama dalam rombongan Malaysia ialah

Dr Nik Faruz bin Nik Omar selaku Vice President Asian Homeopathic Medical league ( Malaysia Chapter), 
HDr Badriah dan Puan Norlidawani.





Dr Nik Fairuz And Prof Nik Omar - 66th LMHI Congress






Greetings from Organizers of 66th World Homoeopathic Congress of Liga Medicorum Homoeopathica Internationalis (LMHI)’.

We are glad to be the hosts of the upcoming congress in New Delhi from 1 - 4th December. Carrying on with the tradition of LIGA meets, the upcoming one in India also promises a lot of learning and awareness about homoeopathy and how it can make a difference in the public health scenario.

It has always been an endeavour of LHMI to promote scientific, literary and genuine work in homoeopathy. The Congress will provide you an opportunity to share your clinical experiences and deliberate on the latest scientific research in the field of homoeopathic medicine.

India has become the hub of homoeopathic activities. Come, witness for yourself the changing scenario of homoeopathy in this part of the world, and be a part of the change. Whether you are a homoeopathic physician, a researcher in the field of homoeopathy or complementary and alternative medicine (CAM) – LMHI Congress has a range of information to benefit everybody.
We would love to see you joining us as a panelist/speaker/delegate at Siri Fort Auditorium, August Kranti Marg, New Delhi, from 1 - 4 December 2011.

Tusukan Cantik


Tusukan cantik Dr Nik Fairus Hakim menunjukkan titik akupuntur pada seluruh tubuh dan wajah yang mendapat pengesahan WHO untuk salah satu teknik rawatan kecantikan wajah.
Inovasi akupuntur antara cara alternatif serlah seri wajah 

'BERKORBAN apa saja'. Demi cantik dan sihat, apa saja rawatan walaupun ia menyakit atau mengerikan sanggup dilalui. Harga mahal pun tidak dihirau asal saja ia memenuhi naluri hati. 
Apa yang penting perlu ada kekuatan minda, hilangkan trauma dan fobia. Akupuntur, umpamanya, terkenal sebagai kaedah rawatan pelbagai jenis penyakit, namun ia juga mampu meningkatkan aura kejelitaan seseorang, meskipun tusukan jarum pada bahagian tertentu tubuh, agak menyakitkan dan ada kalanya darah halus mengalir keluar. 

Rawatan ini juga boleh membantu menyelesaikan masalah individu yang mempunyai berat badan disebabkan lemak berlebihan, perut buncit, merawat kulit badan berkedut, selulit dan sebagainya. - Dr Nik Fairus Hakim, Pakar rawatan kaedah akupuntur

Malah, kemunculan pelbagai kaedah rawatan kecantikan menggunakan teknologi moden, sejak kebelakangan ini, sebenarnya tidak menggugat kepopularan akupuntur menjadi antara alternatif merawat kecantikan wajah dan tubuh individu.

Akupuntur atau ‘Acupuncture’ yang berasal dari bahasa Latin bermaksud tusukan benda tajam, iaitu gabungan dua perkataan iaitu Acu bermaksud benda tajam manakala puncture bererti tusukan. 

Apatah lagi kaedah rawatan itu pula menggunakan benda tajam seperti buluh, besi, tembaga, emas, kayu, jarum atau benda tajam lain yang ditusuk pada tubuh manusia, mungkin agak menyakitkan, namun ia tetap sesuai dan selamat digunakan.

Pakar rawatan kaedah akupuntur, Dr Nik Fairus Hakim Nik Omar, berkata akupuntur dirawat luaran yang membangkit dan menyerlahkan kecantikan dalaman seseorang. 
Kaedah ini dipercayai boleh merawat sistem dalam badan untuk menstabilkan Qi (disebut sebagai chee) iaitu kuasa penyembuhan tenaga secara semula jadi dalam tubuh seterusnya membetulkan sistem dan memberikan kecantikan dari dalam.

Katanya, untuk rawatan kecantikan wajah, akupuntur boleh membantu melewatkan proses penuaan, mengelak kedutan kulit dan mengatasi isi wajah jatuh. 

“Rawatan dijalankan dengan mengenal pasti titik akupuntur di sekitar wajah, iaitu tusukan jarum bersaiz kecil dicucuk pada bahagian tepi kelopak mata, kedua-dua tepi hidung, satu di tengah dagu, kedua-dua tepi bibir. Selain itu, satu dicucuk di bahagian dahi iaitu tengah-tengah antara kening dan dua di atas dahi supaya rawatan lebih seimbang secara keseluruhannya. 

“Rawatan ini juga boleh membantu menyelesaikan masalah individu yang mempunyai berat badan disebabkan lemak berlebihan, perut buncit, merawat kulit badan berkedut, selulit dan sebagainya. 

“Rawatan pada tubuh badan atau bahagian tertentu dilakukan di paha, lengan, kaki, betis, perut termasuk bahagian muka. Benda tajam ditusuk pada bahagian badan sebagai fungsi kesihatan, ia juga boleh mencantikkan kulit,” katanya ketika ditemui di kliniknya, Pusat Rawatan Homeopathy & Akupuntur di Shah Alam, baru-baru ini. 

Teknik kecantikan hampir sama dengan rawatan kesihatan, cuma titik itu mungkin sedikit berbeza dari segi keperluannya. Rawatan akupuntur dilihat menggunakan jarum dengan kaedah penyelitan jarum halus secara perlahan ke dalam kawasan titik tertentu pada tubuh. 

Bagi rawatan itu, akupuntur mempunyai lebih kurang 360 titik, iaitu diletak dalam 14 kumpulan atau meridian. Kesemua titik berkenaan diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada 2003 sebagai titik akupuntur.

Dr Nik Fairus Hakim berkata, pelbagai kaedah mengenal pasti titik, antaranya menggunakan cun atau ukuran dalam badan manusia yang mempunyai ukuran berbeza bergantung saiz badan, selain tulang dan bentuk tubuh manusia. 

“Ia juga dikenal pasti dengan menggunakan sejenis alat dipanggil cunometer atau pada zaman moden ini sudah diciptakan sejenis alat Acupuncture Detecter,” katanya yang boleh digunakan untuk merawat semua penyakit. 

Antara penyakit termasuk trigeminal neuralgia (sakit pada bahagian muka), bellpalsy, lumpuh, buah pinggang, gaut, angin ahmar, rheumatism, tinnitus, migrain, sakit saraf, lenguh pinggang dan sakit kepala. Selain itu gemuruh, berdebar, kesan daripada kecederaan, fibroid, kesuburan, kencing manis, darah tinggi dan pelbagai lagi penyakit lain. 

Ditanya kebaikannya, Dr Nik Fairus Hakim berkata, akupuntur banyak kebaikan berbanding teknik pembedahan, pengambilan pil sampingan dan sebagainya kerana tidak perlu diambil berterusan serta tidak menggunakan bahan kimia yang membahayakan kesihatan. 

“Akupuntur tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kerana tidak menggunakan sebarang bahan yang meragukan. Teknik ini juga halal dari sudut pandangan Islam dan kos rawatan sangat murah berbanding kaedah lain,” katanya. 


INFO: Sejarah akupuntur


  • Sudah diamalkan di seluruh dunia sejak 4,000 tahun lalu. 
  • Bukti perubatan akupuntur terawal boleh didapati di dalam buku Huang ti Nei Jing dan Sue wen, iaitu mencatatkan perbualan atau perbincangan yang hebat mengenai kaedah rawatan berkenaan. 
  • Di Malaysia, pada awalnya diamalkan masyarakat Cina yang dibawa saudagar China dan mengamalkannya, pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. 
  • Akupuntur kalangan orang Melayu, dipercayai dipopularkan oleh Prof Dr Nik Omar, sekitar tahun 1975, yang juga bapa kepada Dr Fairus Hakim. 
  • Dr Nik Omar, mula mempelajari kaedah akupuntur dan kemudian menyebarkan kebaikan rawatan berkenaan di kalangan masyarakat Melayu sehingga mula diterima hingga ke hari ini. 
  • Kini akupuntur sudah diterima pakai di Barat secara meluas. Di Amerika saja, lebih 18,000 pengamal akupuntur berdaftar. 

    Teknik akupuntur
  • Kaedah penyelitan jarum halus secara perlahan ke dalam kawasan atau titik tertentu pada tubuh badan untuk merangsang pengaliran Qi (disebut sebagai chee) iaitu kuasa penyembuhan tenaga secara semula jadi. 
  • Selain menyelitkan jarum akupuntur, doktor mungkin memilih menggunakan kaedah akupunktur menahan untuk merangsang pada masa yang lama atau panjang atau mungkin menggunakan haba. 
  • Teknik penggunaan haba dikenali sebagai ‘moxibustion’ dan penggunaan tenaga elektrik dipanggil ‘electrostimulation’. 
  • Jarum akupuntur digunakan mesti disterilkan dan jenis pakai buang
  • Bebas daripada sebarang penggunaan dadah. 
  • Perlu maklumkan kepada doktor, jika mengambil sebarang ubat atau mengandung sebelum rawatan dijalankan. 
  • Jika seseorang menggunakan pengatur denyut jantung dan kosmetik implan ia harus memaklumkan kepada doktor. Akupuntur selalunya digunakan bersama dengan ubat-ubatan lain untuk menambahkan keberkesanannya. Ia digunakan untuk mengawal kesakitan selepas perubatan dan prosedur pergigian dijalankan. 
  • Digunakan untuk meningkatkan tahap kesihatan sekali gus menggalakkan penyembuhan dan pengurangan kesan sampingan kebanyakan jenis dadah termasuk ‘ chemotherapy ’

  • Rujukan : 

  • CARA DAN KAEDAH RAWATAN AKUPUNTUR




    Jarum-jarum halus , tidak sakit


    Electro acupuncture digunakan dalam kes tertentu



    Ada beberapa Cara Untuk Rawatan Akupunktur

    1. Rawatan dengan menggunakan Jarum-jarum halus ( jarum akupunktur sebesar rambut )

    2. Electro- Acupuncture - Menggunakan mesin eletrik kuasa rendah untuk meningkat rangsang yang lebih kuat.

    Friday, March 8, 2013

    Kemudahan Pembayaran Terbaru


    Sekarang Urusan Pembayaran Lebih Mudah di Pusat Homeopathy & Akupuntur di Shah Alam dengan adanya kemudahan Mesin Kad Kredit Dan debit:


    visa / master / amex


    Maybank
    Cimb Bank
    Affin Bank
    Eon Bank
    Alliance Bank
    Hong Leong Bank
    Ambank
    Bank Islam
    Public Bank
    RHB bank

    Kemudahan Pelanggang Keutamaan Kami