Saturday, March 12, 2022

Approved By Medical Device Authority Malaysia


Peralatan Yang digunakan untuk rawatan akupuntur di semua pusat rawatan kami berdaftar dengan Medical Device Authority Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia
 

Thursday, March 10, 2022

Rawatan Akupuntur Bagi Pesakit Post Strok

Strok atau angin ahmar boleh menyerang sesiapa sahaja terutamanya golongan yang berisiko tinggi.

Kebanyakan pesakit strok sering menghadapi masalah pergerakan disebabkan lumpuh atau lemah separuh badan atau sebahagian anggota badan sahaja. Mereka juga menghadapi masalah pertuturan dan kebolehan menelan disebabkan lumpuh atau lemah otot muka. Kemurungan dan masalah memori atau ingatan turut menjadi komplikasi daripada penyakit strok.

Proses pemulihan atau rehabilitasi untuk pesakit strok amat penting bagi membantu pesakit mendapatkan kembali fungsi keupayaan badannya dan seterusnya mendapat kualiti hidup yang lebih bermakna. Proses rehabilitasi untuk pesakit strok melibatkan fisioterapi, terapi carakerja dan terapi pertuturan.

Pengenalan Rawatan Akupuntur

Terdapat beberapa rawatan tradisional yang dapat membantu atau sebagai komplemen kepada rawatan moden dalam proses pemulihan atau rehabilitasi pesakit strok antaranya adalah urut, akupuntur dan lain-lain. Akupuntur merupakan satu cabang perubatan tradisional Cina. Akupuntur dalam bahasa Cina bermaksud cucuk menggunakan jarum. Pengamal akupuntur menggunakan tusukan jarum halus di titik meridian pada badan yang akan berfungsi membuka sebarang sekatan terhadap pergerakan Qi.

Rawatan Akupuntur untuk pesakit Post Strok

Sehingga Jun 2015, terdapat 15 unit Perubatan Tradisonal dan Komplementari (PT&K) yang di tempatkan di hospital- hospital terpilih di seluruh negara. Perkhidmatan akupunktur Untuk Kesakitan Kronik dan Angin Ahmar merupakan salah satu Perkhidmatan amalan perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) telah ditawarkan di unit PT&K Hospital Integrasi. Perkhidmatan ini khusus kepada pesakit yang telah didiagnosa dan dirujuk oleh pegawai perubatan. Selepas saringan awal, pesakit akan diperiksa oleh pengamal yang bertugas.

Akupuntur berkesan melalui meningkatkan ketidakupayan yang dialami oleh pesakit strok, mengurangkan rasa sakit dan kemurungan yang dialami oleh pesakit strok.

Konsep Rawatan Akupuntur

Dalam kaedah rawatan tradisional Cina, masalah atau penyakit berpunca daripada ketidakseimbangan Yin dan Yang. Yin merujuk kepada sifat feminin kehidupan seperti lemah lembut, sejuk, penjaga manakala Yang merujuk kepada sifat berlawanan seperti kasar, panas, dominan. Pergerakan antara Yin dan Yang ini akan menghasilkan tenaga iaitu Qi (chi) yang bergerak melalui satu ‘energy channel’ iaitu meridian. Qi ini akan melalui meridian seperti air sungai yang melalui anggota badan untuk memberi nutrisi kepada organ dan tisu badan. Apabila pergerakan Qi ini tersekat, ini akan menyebabkan masalah atau penyakit kepada badan. Teknik akupunktur berfungsi membuka sebarang sekatan terhadap pergerakan Qi dengan memasukkan jarum pada satu titik yang spesifik pada badan .

Mengikut kajian saintifik moden, meletakkan jarum akupuntur pada titik tertentu yang spesifik di bahagian badan akan merangsang bahan kimia dalam otot, saraf tunjang dan otak. Ini akan merangsang pembebasan hormon dan bahan kimia yang lain yang membantu dalam regulasi badan dan menukar rangsangan kesakitan kepada perasaan yang lebih baik. Keseimbangan hormon dan bahan kimia ini dapat membantu badan dalam proses kesembuhan dan keseimbangan emosi

Teknik Akupuntur

Terdapat pelbagai teknik akupuntur yang boleh digunakan seperti acupressure: penggunaan urutan pada poin akupuntur, moksibusi : membabitkan pembakaran mugwort iaitu sejenis herba lembut seperti span, bersama jarum akupuntur, elektrik akupuntur: mengalirkan arus elektrik yang terkawal pada jarum akupuntur untuk tujuan rawatan.

Keselamatan dan kesan sampingan akupunktur

Akupunktur merupakan satu kaedah yang selamat jika dilakukan oleh pengamal perubatan tradisional Cina yang berkelayakan, yang mengunakan teknik-teknik yang betul dan menitikberatkan kebersihan. Akupunktur merupakan sebagai satu teknik yang invasive yang turut mempunyai risiko komplikasi seperti risiko tusukan ke organ badan seperti paru-paru dan salur darah utama, risiko jangkitan kuman, dan pendarahan. Namun kesan sampingan akibat akupunktur adalah rendah jika langkah-langkah berjaga-jaga diambil semasa menjalankan rawatan akupunktur ini.

Rujukan

Traditional & Complementary Medicine Practice Guidline on Acupuncture (second edition Nov 2009)
CPG Management of Ischemic Stroke (2nd edition)
Laporan Teknikal 2015 Kajian : Acupuncture for Post Stroke Rehabilitation oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Daripada laman web

http://www.myhealth.gov.my/rawatan-akupuntur-dalam-pesakit-post-strok/

Thursday, March 3, 2022

Chronic Fatigue Syndrome

Chronic Fatigue Syndrome

Chronic Fatigue Syndrome
and Complementary Medicine

Some Options

For anxiety, promoting a sense of well-being, and reducing pain

Homeopathy Treatment
Deep breathing
Muscle relaxation techniques
Massage
Healing touch
Movement therapies: stretching, physical therapy, yoga, qigong, and tai chi
Alleviate pain and improve energy

Homeopathic Medication
Acupuncture
Exercise

Masalah Keletihan
Ramai dikalangan para pesakit tidak tahu kemana mereka harus pergi untuk mendapatkan rawatan untuk masalah keletihan, penat atau juga dikenali sebagai ' Chronic fatigue Syndrome' atau dalam Bahasa melayu - Syndrom Keletihan.

Baik orang tua mahupun orang muda, penyakit ini boleh diatasi dengan memakan ubat-ubat homepati serta membuat terapi akupunktur.

Reiki Healing & Fibroyalgia


Reiki Healing & Fibroyalgia
Does reiki complement pain control in fibromyalgia?
More than 50 major hospitals and clinics throughout the United States offer energy healing to patients

This study by researchers from the University of Washington concluded, “Neither reiki nor touch improved the symptoms of fibromyalgia.”

First, the details.

100 adults with fibromyalgia were randomly assigned to a treatment group.
Reiki by a reiki master
Sham reiki by an actor
Direct touch
No touch (distant therapy)
Treatment was twice-weekly for 8 weeks.
The researchers looked for changes in subjective pain as measured by visual analog scale during, at the end of the study, and 3 months later.
The researchers were not aware of the treatment given — single-blinded.
And, the results.

Neither reiki nor touch had any effect on pain.
There were also no changes in physical and mental functioning, medication use, and health provider visits.
The responses among the 4 treatment groups during the study were nearly identical.
The bottom line?

A website called Fibromyalgia Symptoms advances reiki as a “holistic treatment that plays an effective role in fibromyalgia treatment and in helping to alleviate many fibromyalgia symptoms.” And the researchers tell us that 55% of patients with fibromyalgia have used energy medicine such as reiki, therapeutic touch, qigong, and magnet therapy.

I searched back to 2005 and this is the only placebo-controlled study of reiki in fibromyalgia.

Considering the few options available and its safety, people with fibromyalgia who experience relief from touch therapy should be encouraged as long as they don’t forgo accompanying treatments.

Nik Fairuz Menerima Sijil Penghargaan Daripada Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran


Nik Fairuz Nik Omar Menerima Sijil Penghargaan Daripada Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia- diatas penyertaan dan penglibatan syarikat Pusat Homeopathy & Akupuntur di dalam Majlis Konvokesyen Ke 7 Kemahiran Dan Keusahawanan pada 21 Dicember 2021