ACUPUNCTURE (AKUPUNTUR)

Apakah Perubatan Akupunktur (Acupuncture) Akupuntur
Akupunktur (Acupuncture) Akupuntur adalah satu sistem perubatan China yang merawat pe
sakit dengan menggunakan tusukan jarum-jarum halus di tempat-tempat tertentu badan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Rawatan akupunktur tidak menyakitkan dan amat berkesan untuk menghilangkan kesakitan tanpa mengunakan sebarang dadah atau racun



Approved by  Medical Device Authority Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia




Peralatan Yang digunakan untuk rawatan akupuntur di semua pusat rawatan kami berdaftar dengan Medical Device Authority Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia

Apakah Istimewa Rawatan Akupunktur
Merawat penyakit dengan aman, tidak menyakitkan dan mesra pelanggang(Human Firnedly). Rawatan akupunktur 
(Acupuncture) Akupuntur sepertimana yang diluluskan oleh WHO amat bagus untuk merawat:- Sebarang kesakitan urat saraf, migrain,stroke, Bell Palsy, lumpuh, Kesan kemalangan, sakitpinggang atau lumbago, slip disc, sakit lutut dikalangan orang tua, gastric, sakit bulanan, merawat sebarang ketumbuhan, kebas-kebas kaki atau tangan Dll.



Untuk Maklumat Lanjut 
Sila Hubungi No 
013-9314166
013-9394166


Tusukan cantikDr Nik Fairus Hakim menunjukkan titik akupuntur pada seluruh tubuh dan wajah yang mendapat pengesahan WHO untuk salah satu teknik rawatan kecantikan wajah.
Inovasi akupuntur antara cara alternatif serlah seri wajah 

'BERKORBAN apa saja'. Demi cantik dan sihat, apa saja rawatan walaupun ia menyakit atau mengerikan sanggup dilalui. Harga mahal pun tidak dihirau asal saja ia memenuhi naluri hati. 
Apa yang penting perlu ada kekuatan minda, hilangkan trauma dan fobia. Akupuntur, umpamanya, terkenal sebagai kaedah rawatan pelbagai jenis penyakit, namun ia juga mampu meningkatkan aura kejelitaan seseorang, meskipun tusukan jarum pada bahagian tertentu tubuh, agak menyakitkan dan ada kalanya darah halus mengalir keluar. 

Rawatan ini juga boleh membantu menyelesaikan masalah individu yang mempunyai berat badan disebabkan lemak berlebihan, perut buncit, merawat kulit badan berkedut, selulit dan sebagainya. - Dr Nik Fairus Hakim, Pakar rawatan kaedah akupuntur

Malah, kemunculan pelbagai kaedah rawatan kecantikan menggunakan teknologi moden, sejak kebelakangan ini, sebenarnya tidak menggugat kepopularan akupuntur menjadi antara alternatif merawat kecantikan wajah dan tubuh individu.

Akupuntur atau ‘Acupuncture’ yang berasal dari bahasa Latin bermaksud tusukan benda tajam, iaitu gabungan dua perkataan iaitu Acu bermaksud benda tajam manakala puncture bererti tusukan. 

Apatah lagi kaedah rawatan itu pula menggunakan benda tajam seperti buluh, besi, tembaga, emas, kayu, jarum atau benda tajam lain yang ditusuk pada tubuh manusia, mungkin agak menyakitkan, namun ia tetap sesuai dan selamat digunakan.

Pakar rawatan kaedah akupuntur, Dr Nik Fairus Hakim Nik Omar, berkata akupuntur dirawat luaran yang membangkit dan menyerlahkan kecantikan dalaman seseorang. 
Kaedah ini dipercayai boleh merawat sistem dalam badan untuk menstabilkan Qi (disebut sebagai chee) iaitu kuasa penyembuhan tenaga secara semula jadi dalam tubuh seterusnya membetulkan sistem dan memberikan kecantikan dari dalam.

Katanya, untuk rawatan kecantikan wajah, akupuntur boleh membantu melewatkan proses penuaan, mengelak kedutan kulit dan mengatasi isi wajah jatuh. 

“Rawatan dijalankan dengan mengenal pasti titik akupuntur di sekitar wajah, iaitu tusukan jarum bersaiz kecil dicucuk pada bahagian tepi kelopak mata, kedua-dua tepi hidung, satu di tengah dagu, kedua-dua tepi bibir. Selain itu, satu dicucuk di bahagian dahi iaitu tengah-tengah antara kening dan dua di atas dahi supaya rawatan lebih seimbang secara keseluruhannya. 

“Rawatan ini juga boleh membantu menyelesaikan masalah individu yang mempunyai berat badan disebabkan lemak berlebihan, perut buncit, merawat kulit badan berkedut, selulit dan sebagainya. 

“Rawatan pada tubuh badan atau bahagian tertentu dilakukan di paha, lengan, kaki, betis, perut termasuk bahagian muka. Benda tajam ditusuk pada bahagian badan sebagai fungsi kesihatan, ia juga boleh mencantikkan kulit,” katanya ketika ditemui di kliniknya, Pusat Rawatan Homeopathy & Akupuntur di Shah Alam, baru-baru ini. 

Teknik kecantikan hampir sama dengan rawatan kesihatan, cuma titik itu mungkin sedikit berbeza dari segi keperluannya. Rawatan akupuntur dilihat menggunakan jarum dengan kaedah penyelitan jarum halus secara perlahan ke dalam kawasan titik tertentu pada tubuh. 

Bagi rawatan itu, akupuntur mempunyai lebih kurang 360 titik, iaitu diletak dalam 14 kumpulan atau meridian. Kesemua titik berkenaan diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada 2003 sebagai titik akupuntur.

Dr Nik Fairus Hakim berkata, pelbagai kaedah mengenal pasti titik, antaranya menggunakan cun atau ukuran dalam badan manusia yang mempunyai ukuran berbeza bergantung saiz badan, selain tulang dan bentuk tubuh manusia. 

“Ia juga dikenal pasti dengan menggunakan sejenis alat dipanggil cunometer atau pada zaman moden ini sudah diciptakan sejenis alat Acupuncture Detecter,” katanya yang boleh digunakan untuk merawat semua penyakit. 

Antara penyakit termasuk trigeminal neuralgia (sakit pada bahagian muka), bellpalsy, lumpuh, buah pinggang, gaut, angin ahmar, rheumatism, tinnitus, migrain, sakit saraf, lenguh pinggang dan sakit kepala. Selain itu gemuruh, berdebar, kesan daripada kecederaan, fibroid, kesuburan, kencing manis, darah tinggi dan pelbagai lagi penyakit lain. 

Ditanya kebaikannya, Dr Nik Fairus Hakim berkata, akupuntur banyak kebaikan berbanding teknik pembedahan, pengambilan pil sampingan dan sebagainya kerana tidak perlu diambil berterusan serta tidak menggunakan bahan kimia yang membahayakan kesihatan. 

“Akupuntur tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kerana tidak menggunakan sebarang bahan yang meragukan. Teknik ini juga halal dari sudut pandangan Islam dan kos rawatan sangat murah berbanding kaedah lain,” katanya. 


INFO: Sejarah akupuntur

  • Sudah diamalkan di seluruh dunia sejak 4,000 tahun lalu. 
  • Bukti perubatan akupuntur terawal boleh didapati di dalam buku Huang ti Nei Jing dan Sue wen, iaitu mencatatkan perbualan atau perbincangan yang hebat mengenai kaedah rawatan berkenaan. 
  • Di Malaysia, pada awalnya diamalkan masyarakat Cina yang dibawa saudagar China dan mengamalkannya, pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. 
  • Akupuntur kalangan orang Melayu, dipercayai dipopularkan oleh Prof Dr Nik Omar, sekitar tahun 1975, yang juga bapa kepada Dr Fairus Hakim. 
  • Dr Nik Omar, mula mempelajari kaedah akupuntur dan kemudian menyebarkan kebaikan rawatan berkenaan di kalangan masyarakat Melayu sehingga mula diterima hingga ke hari ini. 
  • Kini akupuntur sudah diterima pakai di Barat secara meluas. Di Amerika saja, lebih 18,000 pengamal akupuntur berdaftar. 

    Teknik akupuntur
  • Kaedah penyelitan jarum halus secara perlahan ke dalam kawasan atau titik tertentu pada tubuh badan untuk merangsang pengaliran Qi (disebut sebagai chee) iaitu kuasa penyembuhan tenaga secara semula jadi. 
  • Selain menyelitkan jarum akupuntur, doktor mungkin memilih menggunakan kaedah akupunktur menahan untuk merangsang pada masa yang lama atau panjang atau mungkin menggunakan haba. 
  • Teknik penggunaan haba dikenali sebagai ‘moxibustion’ dan penggunaan tenaga elektrik dipanggil ‘electrostimulation’. 
  • Jarum akupuntur digunakan mesti disterilkan dan jenis pakai buang
  • Bebas daripada sebarang penggunaan dadah. 
  • Perlu maklumkan kepada doktor, jika mengambil sebarang ubat atau mengandung sebelum rawatan dijalankan. 
  • Jika seseorang menggunakan pengatur denyut jantung dan kosmetik implan ia harus memaklumkan kepada doktor. Akupuntur selalunya digunakan bersama dengan ubat-ubatan lain untuk menambahkan keberkesanannya. Ia digunakan untuk mengawal kesakitan selepas perubatan dan prosedur pergigian dijalankan. 
  • Digunakan untuk meningkatkan tahap kesihatan sekali gus menggalakkan penyembuhan dan pengurangan kesan sampingan kebanyakan jenis dadah termasuk ‘ chemotherapy ’

  • Rujukan : 


  • Untuk Maklumat Lanjut 
    Sila Hubungi No 
    013-9314166
    013-9394166