Friday, October 11, 2013

Merawat Batu Karang Secara Homeopathy

KESIHATAN

MERAWAT BATU KARANG SECARA HOMEOPATI

Penyakit ini sekiranya dapat di kesan lebih awal, tidaklah begitu payah untuk disembuhkan. Tetapi
dalam banyak kes , pesakit hanya menemui doktor ketika penyakitnya sudah parah.

Oleh Dr Nik Omar Nik Daud

Batu karang atau renal colic sering menyerang orang dewasa. Petanda yang sering dialami oleh pesakit

ialah:


  • Sakit kuat atau tajam,biasanya bermula di bahagian bawah perut,sama ada di kiri atau kanan dan sakitnya terus mencucuk ke arah pinggang .
  • Bagi orang lelaki kemungkinan sakit menuju ke arah batang zakar.
  • Perut rasa memulas,terasa hendak kencing atau berak,tubuh badan berasa lenguh.
  • Saluran kencing mungkin tersumbat sehingga sukar atau tidak begitu lawas untuk membuang air kencing.
  • Air kencing tersumbat dan tidak dapat keluar dan jika dipaksa,darah keluar bersama-sama air kencing.
  • Sentiasa gelisah kerana kesakitan serta suhu badan tinggi.


Penyakit ini sekiranya dapat di kesan lebih awal,tidak lah begitu payah untuk disembuhkan.tetapi dalam
banyak kes, pesakit hanya menemui doctor ketika penyakitnya sudah parah,

Biasanya jika ada tanda tanda terdapatnya batu karang, doctor akan membuat ujian I.V.P atau
Intravenouspyelogram, untuk mengesahkannya. Namun demikian, dalam setengah-setengah kes,
I.V.P. tidak boleh membuat pengesahan secara tepat kerana sinaran-X mungkin menembusi batu batu
tersebut.

Bagaimanapun sekiranya batu karang dapat di kesan, Ia mungkin berada di sekitar buah
pinggang,pangkal buah pinggang atau pada saluran pundi-pundi kencing.Bentuk batu-batu tersebut
berbeza-beza,ada yang berbentuk batu karang laut,ada yang seperti batu licin dan ada juga berbentuk
batu pasir halus.

Penyakit batu karang yang liar jika dibiarkan boleh mengakibatkan gangguan pada saluran kencing
dan boleh merosakkan buah pinggang atau menyebabkan tekanan darah tinggi atau keracunan
darah.Biasanya satu pembedahan akan dilakukan jika terbukti ada batu karang besar. Untuk
mengeluarkan batu karang yang kecil cukup dengan menggunakan ubat-ubat sahaja.

Sebagai alternative kepada rawatan tersebut ialah rawatan homeopathy. Salah satu sistem perubatan
homeopati, boleh mengeluarkan batu karang yang tidak begitu besar tanpa sebarang pembedahan.
Mengikut teori perubatan homeopati, pada dasarnya orang-orang yang menderita batu karang
mempunyai gangguan dalam kuasa hayat atau vital force sehingga terjadi perubahan-perubahan yang
drastic terhadap pesakit.

Air kencing mungkin mengeluarkan Kristal-kristal tertentu dalam kadar yang tinggi. Ia mungkin berupa
Kristal kapur fosfat dan exalat atau campuran berbagai-bagai Kristal tersebut. Oleh yang demikian,
terdapat berbagai-bagai jenis penyakit batu karang. Sistem perubatan homeopati melihat penyakit batu
karang ini dari pelbagai sudut mengikut simtometologi dari awal hingga akhirnya.

Berikut ialah beberapa panduan bagi mengatasi penyakit batu karang mengikut cara perubatan
homeopati:


  • Jika sakitnya berdenyut-denyut apabila kencing iaitu dari abdomen depan sampai ke arah pinggang, gunakanlah ubat berberis Vulgaris untuk mengeluarkan batu.
  • Jika sakitnya bermula di sekitar batang zakar hingga kea rah pundi kencing dan kemudian terasa lega bila dapat kencing, pesakit ini perlukan Lycopodium.
  • Apabila kencing bercampur darah dan sakit berdenyut-denyut gunakan Cantharis
  • Sekiranya batu berada di pangkal pinggang atau pundi-pundi kencing dan sakitnya menyucuk gunalah Lithium Carb
  • Apabila sakit kuat, panas dan berdenyut-denyut serta suhu badan meninggi, ubat yang paling sesuai ialah Belladonna.


selain mendapat rawatan daripada Dr Homeopati, pengidap batu karang perlu mengikut nasihat-nasihat
berikut:
- Minumlah air banyak-banyak sampai 5 hingga 6 liter sehari
- Jauhi makanan lemak dan segala macam jeruk yang mengandungi cuka soda gas dan
   sebagainya.
- Jangan makan tomato, limpa, hati, otak, dan makanan jenis berminyak.
- Jauhi bawang, teh, kopi, coklat dan Alkohol.

APA ITU EKZEMA

Ekzema

Apa itu ekzema?

Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan. Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak. Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

Apa penyebab ekzema?

* Keturunan.

* Alahan

* Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.

* Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-

o Infeksi virus.

o Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.

o Lain lain jangkitan.

* Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan


Apa kah tanda tanda dan gejala-gejala ekzema?

Ekzema kelihatan seperti :

* Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki

* Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.

* Bengkak kecil yang berair.


Atopic ekzema pada muka kanak-kanak.

Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?

Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:

* Ubat pencegah gatal seperti antihistamin

* Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.

* Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .

* Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman

Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.


Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?

* Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman

* Elakkan mandi air panas/suam.

* Elakkan memakai baju berlapis-lapis

* Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.

* Elakkan dari fabrik yang kasar.

* Jangan gunakan sabun apabila mandi.

* Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda

* Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.




Rawatan Alternatif:

Rawatan homeopati adalah salah satu rawatan yang boleh dicuba namun anda harus bersabar dalam merawat kes ekzema ini kerana ia memerlukan rawatan yang lama , sekitar 2 hingga 3 tahun.

Dalam homeopati anda bepeluang 50 - 50 untuk menyembuhkan penyakit ini.
Tidak ada waranti dalam merawat kes ini.