Monday, March 25, 2024

Merawat Facial Paralysis dengan Kaedah Akupuntur

 

MERAWAT FACIAL PARALYSIS DENGAN KAEDAH AKUPUNTUR



Lumpuh atau lemah otot muka ditakrifkan sebagai kehilangan sebahagian atau semua pergerakan sukarela otot muka. Jarang berlaku. Melibatkan lumpuh sebelah muka (unilateral) atau kedua-dua belah muka (bilateral). Lumpuh sebelah muka biasanya berkaitan dengan hemifacial microsomia.

 

Punca

Kecederaan saraf fasial di kawasan otak boleh menyebabkan kelumpuhan otot yang ketara pada bahagian bawah muka. Sebab-sebab biasa kelumpuhan otot muka yang disebabkan oleh kecederan seperti ini adalah;

·       Kemalangan serebrovaskular (strok).

·       Kecederaan otak traumatik.

·       Barah otak.

·       Jangkitan.

 

Tanda dan Gejala

Tanda dan gejala lumpuh muka bergantung kepada lokasi dan tahap keterukan kerosakan saraf fasial. Senyuman, pertuturan dan keupayaan untuk meniup biasanya terjejas.  Otot muka terasa berat atau menjadi lemah.  Muka terasa tengang dan ditarik ke sebelah muka yang sihat semasa tersenyum. Di samping itu, tanda lain pada sisi muka yang terjejas  ialah :

·       Muka kelihatan tidak simetri (Gambar 1).

·       Ketidakupayaan untuk menunjukan ekspresi wajah

·       Kesukaran untuk bertutur.

·       Kesukaran ketika makan dan minum.

·       Air liur meleleh.

·       Mata tidak boleh tutup rapat, mata kering atau berair. (Gambar 3)

·       Kontraksi otot berulang-ulang.

Kelumpuhan otot muka boleh berlaku bersama dengan gejala lain seperti:

·       Sakit muka.

·       Sakit kepala atau sawan.

·       Sakit telinga ,telinga berdesing , kepekaan kepada bunyi ,kehilangan pendengaran.

·       Kehilangan deria rasa.

·       Lumpuh separuh badan.

 

RUJUKAN : http://www.myhealth.gov.my/lumpuh-otot-muka/#:~:text=Lumpuh%20atau%20lemah%20otot%20muka,semua%20pergerakan%20sukarela%20otot%20muka.&text=Jarang%20berlaku.,biasanya%20berkaitan%20dengan%20hemifacial%20microsomia.

 

MELALUI KEADAH RAWATAN AKUPUNTUR BEBERAPA TITIK YANG BIASANYYA DIBERIKAN UNTUK MERAWAT ALERGI , ANTARANYA ADALAH : GB 14 .,Ex .2.,St 2.,St3.,St4.,St.5.,St.7

RUJUKAN ; CLINICAL ACUPUNTURE & MOXIBUSTION ‘’THE CLASSICAL CHINESE MEDICINE ''

 

MELALUI KEADAH PERUBATAN HOMEOPATY ANTARA REMEDY YANG DIBERIKAN ADALAH :

GELSEMIUM.,OLEANDER.,AMBRA.,GRISEA.

RUJUKAN: SELECT YOUR REMEDY