Monday, September 12, 2022

RAWATAN BAYI DENGAN UBAT

  

RAWATAN BAYI DENGAN UBAT-UBAT  HOMEOPATI

 


Bila bayi sakit,kita harus segera membawanya berjumpa doctor,sebab sifat semulajadi bayi yang baru lahir dan lembut itu cepat terdedah pada sebarang serangan penyakit,jika tidak hati-hati.

Amat jarang dikalangan ibubapa mengetahui bahawa selain dari doctor-doktor biasa, system perubatan homeopati mempunyai rangkaian ubat-ubat homeopati yang sesuai dan serasi dengan sebarang masalah penyakit bayi.


Homeopati sebenarnya adalah satu system perubatan yang lengkap. Ianya diasaskan oleh Prof Dr Samuel Hahnemann dari Germany pada tahun 1810 dan amat popular di kalangan orang-orang bangsawan di Negara Barat.Ubat-ubat homeopati diperbuat dari bahan-bahan semula jadi atau mesra alam.Seperti bunga Aconitum, Lily, Matahari, Chamomilla, Rhus Tox, Gelsemium dan sebagainya. Sementara bahan-bahan yang diperbuat daripada daun pula terdiri dari Bryonia, Belladonna, Hura Brazili, Vanilla dan lain-lain.






Hampir 80% ubat-ubatan dalam kitab perubatan Homeopati yang dikenali sebagai Materia Medica terdiri daripada bahan-bahan dari tumbuh-tumbuhan semula jadi.Hanya sebahagian kecil terdiri daripada bahan-bahan dari lam binatang ,nosod dan sarkod.

Tumbuh-tumbuhan berubat ini hendaklah diadun mengikut sukatan skala homeopati yang telah ditetapkan oleh British Homeopathic Phamocopeia dan diluluskan oleh WHO.Ubat-ubat ini bila digunakan mengikut kaedah homeopati,akan menjadi ubat yang paling mustajab bagi mengatasi penyakit-penyakit bayi dan kanak-kanak.Kerana adunannya yang halus dan lembut untuk membuang segala kesan toksik yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan tersebut.

Kegunaan untuk bayi yang baru lahir amatlah sesuai kerana ubat-ubat ini tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan atau ketagihan,kerana boleh dikatakan hamper 100 peratus ubat-ubat homeopati tidak mengandungi sebarang unsur dadah dan racun.Kandungan bahan kimia yang terdapat pada ubat-ubat homeopati sungguh halus hingga kadang-kadang tidak dapat diukur oleh skala biasa,melainkan kelihatan seperti air sulin atau pil-pil halus dan manis perasa gula tebu.

Penyakit-penyakit bayi seperti jaundis,demam-demam,batuk,selsema,sakit perut,sarat atau angina memanng menunjukkan kesan yang amat positif dengan ubat-ubat homeopati.Diantara ubat yang sesuai digunakan untuk bayi atau kanak-kanak adalah seperti berikut:

PENYAKIT JAUNDIS

Bagi bayi yang baru lahir,hamper 60-70 peratus akan mengalami demam kuning atau lebih dikenali sebagai Jaundis.Pada minggu pertama jaundis elok diberikan ubat homeopati ‘Aconitum napelus’ minggu kedua’ Chelidonium,’minggu ke ketiga’ China officianilis’.

SARAT ATAU ANGIN

Kebanyakkan bayi yang baru lahir,lingkungan umur 1 hingga 6 bulan akan mengalami apa yang kita kenali sebagai sarat atau angina dalam perut,di mana bayi akan sentiasa menangis dan disertai dengan perut kembung dan sebu.Ubat homeopati yang sesuai ialah ‘Carbo Vegatabalis,Bryonia, atau Gelsimium.

 

MENANGIS

 

Ada di kalangan bayi yang baru lahir sekitar umur 2 bulan hingga 2 tahun atau lebih sering menangis siang dan malam.Bila di bawa ke doctor,mereka menyatakan bayi normal,tidak ada apa-apa masalah.Tetapi bayi tetap menangis juga.Rawatan untuk masalah ini amat sesuai seperti ‘Chamomilla,Nux Vomica,atau Colocyntyh.

 

CIRIT-BIRIT

 

Bayi yang sentiasa cirit-birit mungkin disebabkan factor seperti sarat atau kegunaan susu yang tidak sesuai.Cuba tukar jenama susu yang sering dipakai,mungkin ianya tidak sesuai lagi dan terpaksa di tukar kepada jenis susu yang lain pula.Jika bayi mengamalkan susu ibu,ibu haruslah berhati-hati jangan makan sebarang makanan yang boleh menyebabkan bayi cirit-birit .Seperti  banyak asam,jeruk atau ubat-ubatan yang kuat akar kayu atau jamu yang keras boleh menyebabkan bayi cirit-birit.Cuba gunakan ubat homeopati  ‘Pulsatilla,Aloe Soc atau Podophyllum.

 

PENYAKIT-PENYAKIT LAIN

 

Sebetulnya ubat-ubat homeopati untuk bayi  dan kanak-kanak merangkumi lebih dari 100 jenis ubat-ubat yang lembut dan sesuai  digunakan untuk mengatasi masalah bayi,baik dari demam biasa,cirit-birit cacing,sakit perut,melecet kulit,kecergasan minda bayi,cepat berjalan,penyakit kulit dan sebagainya.Oleh itu,jika didapati ada bayi atau kanak-kanak anda yang mempunyai masalah kesihatan,anda boleh mencuba rawatan homeopati dengan menghubungi mana-mana pusat homeopati yang terdekat dengan tempat anda.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui whatsapp 013-9314166