DEAFNESS
Kecacatan Pendengaran
Pengenalan
Hilang pendengaran menyebabkan sesorang itu menjadi asing di dunia ini. Mereka menjadi terasing kerana apa yang dikata tidak difahami atau salah tafsir. Beliau juga mungikn akan mengalami kemalangan atau kehilangan pekerjaan. Terdapat 3 jenis kecacatan pendengaran:
‘Conductive’ (Gangguan aliran bunyi)
Disebabkan masalah pada bahagian tengah dan luar telinga.
Biasanya memberi kesan yang sama kepada semua gelombang bunyi dan tidak teruk.
‘Sensorineural’ (saraf deria)
Disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga atau saraf ‘auditory’
Bunyi yang diterima menjadi berubah kerana gelombang menjadi tidak sama rata walaupun dengan penggunaan alat bantuan pendengaran
‘Mixed’ (gabungan)
Adalah kombinasi daripada jenis ‘conductive’ dan ‘sensorineural’
Kehilangan pendengaran mempunyai 4 tahap iaitu kurang, sederhana, teruk dan sangat teruk. Pendengaran sangat teruk juga dikenali sebagai pekak atau tuli.
Penyebab kecacatan pendengaran
Apakah punca terjadinya pekak/tuli?
Sejarah penyakit tersebut dalam keluarga
Pengumpulan cecair pada bahagian tengah rongga telinga
Bayi yang lahir dengan berat badan kurang dari 1.5 kg
Kekurangan bekalan oksigen ke bahagian otak yang teruk semasa proses kelahiran
Jangkitan kuman seperti ‘congenital rubella’ atau ‘congenital syphilis’
Jangkitan kuman pada lapisan dalam otak (meningitis)
Penggunaan ubat-ubat yang ada kesan toksik kepada telinga seperti ubat penyakit barah, ubat untuk penyakit batuk kering(tuberculosis)
Selalu terdedah kepada bunyi bising seperti letupan bunga api, konsert rock yang kuat, tukang besi
Tahi telinga yang tebal dan mengeras dalam telinga
Gegendang telinga telah pecah
Jangkitan kuman pada bahagian tengah telinga (otitis media)
Penyakit-penyakit metabolisma yang kronik seperti kencing manis dan kandungan kolesterol dalam tubuh yang tinggi
Peningkatan umur (Warga emas)
Tanda dan gejala
Apakah tanda dan gejala?
Kanak-kanak:
Tiada/tindakbalas boleh dilihat hanya kepada bunyi bising
Lambat atau gagal untuk bertutur
Dewasa:
Kerap meminta orang mengulangi percakapan
Sukar untuk mendengar dalam suasana yang hingar/bising
Kerap membesarkan bunyi tv
Mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan
Mendengar bunyi-bunyi dalam telinga (tinitus)
Mendengar bunyi telefon hanya bila duduk rapat dengan telefon tersebut
Komplikasi
Apakah kesan daripada masalah pendengaran?
Masalah komunikasi
Masalah pembelajaran/pendidikan
Gangguan emosi
Sukar menjalinkan perhubungan sosial
Harga kendiri yang rendah
Perasaan terasing, kecewa dan hilang keyakinan
Saringan Cacat Pendengaran
Bagaimana mengesan kehilangan pendengaran awal?
Adalah tidak mustahil untuk mengetahui pendengaran bayi seawal sebulan selepas dilahirkan.
Penilaian pendengaran perlu dibuat apabila punca-punca yang disenaraikan di atas terdapat pada bayi tersebut atau pada bila-bila masa masalah tersebut disyaki berlaku.
Pengurusan dan rawatan
Adalah lebih baik untuk menyenaraikan langkah-langkah pengurusan dan rawatan mengikut jenis-jenis kecacatan pendengaran.
Jenis ‘conductive’
Kebanyakkan kecacatan jenis ini boleh dirawat menggunakan rawatan ubat dan pembedahan.
Tahi telinga/kotoran yang menyumbat – buang kotoran tersebut
Jangkitan kuman pada bahagian rongga tengah telinga – ubat dan pembedahan
‘Otosclerosis’ – pembedahan pada telinga
Menggunakan alat bantuan pendengaran jika kaedah ubat dan pembedahan bukan pilihan
Jenis ‘sensorineural’
Kebanyakkan kecacatan jenis ini melibatkan kehilangan pendengaran yang kekal dan tidak dapat dipulihkan dengan menggunakan ubat atau pembedahan. Menguruskan masalah jenis ini adalah seperti berikut:
Kaedah menguatkan keupayaan pendengaran
Menggunakan alat bantuan pendengaran yang sempurna.
‘Cochlear implant’ diperlukan terhadap kecacatan pendengaran yang teruk serta masih tidak memberi kesan melalui penggunaan alat bantuan pendengaran.
Latihan strategi komunikasi
Kemahiran mendengar
Kemahiran komunikasi
Kanak-kanak yang mengalami masalah kecacatan pendengaran sejak lahir lagi perlu dimasukkan dalam program intervensi awal secepat yang mungkin bagi meransang perkembangan kognitif dan bahasanya. Terdapat pelbagai pilihan komunikasi di negara ini
Komunikasi lisan
‘Cued speech’
Bahasa isyarat
Pemulihan
Bila untuk mulakan rawatan pemulihan?
Intervensi awal perlu bermula sebaik sahaja kanak-kanak mula dikesan mengalami masalah pendengaran seawal usia 6 bulan lagi
Beri ibubapa makumat dan pendidikan tentang pendengaran yang normal,pertuturan dan perkembangan bahasa
Rujuk untuk program intervensi awal kepada:
Pakar Telinga, hidung & tekak, ‘speech pathologist, audiologist’ di hospital
Klinik Kesihatan
‘Community Based Rehabilitation Centre’
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
‘Integrated School’ oleh Kementerian Pendidikan
Sekolah pendidikan khas
Sekolah cacat pendengaran oleh Kementerian Pendidikan
Di mana untuk mendapatkan alat bantuan pendengaran?
Dapatkan nasihat dari Audiologist
Bagaimana untuk mendaftar sebagai orang kurang upaya?
Setelah diagnosis disahkan, dapatkan borang pendaftaran dan cadangan penempatan dari klinik kesihatan/Jabatan Kebajikan Masyarakat/Jabatan Pendidikan
Siapa yang akan membantu dalam pendaftaran tersebut?
Doktor yang memeriksa anda akan mengisi borang-borang tertentu.
Apakah faedah yang boleh anda dapati melalui pendaftaran tersebut?
http://www.jkm.gov.my/perkhidmatanoku.htm
Bagaimana untuk mendapatkan penempatan pekerjaan?
Kementerian Sumber Manusia
NGOs
Pencegahan
Bagaimana untuk mencegah?
Ambil suntikan perlalian ‘rubella’ sebelum berkahwin (untuk perempuan)
Ambil suntikan perlalian ‘Haemophilus Influenza’
Elakkan mengambil ubat ototoksik sepanjang proses kehamilan
Pakai alat pelindung pendengaran bila berdepan dengan bunyi bising
Jauhkan dari terdedah kepada bunyi bising
Hadkan masa anda terdedah kepada bunyi bising
Lakukan pemeriksaan telinga dan pendengaran secara berkala
RUJ :- http://www.myhealth.gov.my/kecacatan-pendengaran/
Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik yang biasanya diberikan untuk merawat DEAFNESS antaranya adalah :-
DU 20, SJ 21, SI 19, GB 2, SJ 17
#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #shahalam #subangjaya #ttdijaya #glenmarie #bukitjelutong #seksyen13 #petalingjaya #seksyen7 #kelanajaya #seksyen9 #lamanglenmarie #kotadamansara #aradamansara #putraheights #subangsuria #puchongperdana #aradamansara #bukitjelutong #meru #seksyen36 #seksyen7 #seksyen22 #setiaalam #desaalam #cahayaalam #puchongprima #kinrara #seksyen28 #seksyenu1 #seksyen19 #seksyen18