MERAWAT DIABETES DENGAN KAEDAH AKUPUNTUR
Apakah itu diabetes?
Diabetes adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya
merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia
satu kajian telah dilakukan pada tahun 2011 di mana di anggarkan lebih dari 3
juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes.
Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah
anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk
mendapat sakit jantung atau angin ahmar.
Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi
menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan
berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita.
Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan
tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel
dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.
Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan
juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa
yang tinggi.
Dua jenis diabetes
Terdapat dua jenis diabetes utama:
· Jenis 1 – “Diabetes atau
Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (bergantung pada Insulin)
· Biasanya berlaku pada
kanak-kanak dan remaja
· Biasanya tidak dapat
menghasilkan insulin
· Jenis 2 – “Diabetes atau
Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (tidak bergantung pada insulin)
· Jenis paling biasa
ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
· Selalunya pada orang
yang berumur dan berat badan berlebihan.
Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu
yang berada di sempadan tahap gula yang tinggi, yang dikenali sebagai Impaired
Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.
Apakah tanda-tanda amaran diabetes?
Penyakit diabetes sering berlaku secara senyap, terutamanya
pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:
· Haus/dahaga (haus yang
berlebihan)
· Letih
· Berat badan menurun
· Penglihatan kabur
· Otot lemah
· Gatal
Lain-lain gejala termasuk:
· Pengidap penyakit kulit
yang berpanjangan
· Luka yang lambat sembuh
· Kencing yang kerap
· Gatal pada bahagian
kemaluan
· Rasa kebas
Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda
adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.
Komplikasi diabetes
Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ
bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya
boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular,
kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.
Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan (
Kronik)
· Ini menyebabkan
kerosakan jangka panjang:
· Mata
· Katarak, pendarahan
dalam mata dan menyebabkan buta
· Saraf
· Kebas atau kehilangan
deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa
disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene. Sekiranya melarat,
mungkin perlu menjalankan pembedahan amputasi untuk mengelakkan jangkitan
daripada merebak ke seluruh badan.
· Otak
· Angin ahmar
· Buah pinggang
· Kegagalan buah pinggang
· Jantung
· Sakit jantung
Berita baik adalah jika anda dapat mengawal diabetes dengan baik, ini akan membantu mengelakkan atau melambatkan komplikasi
Apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan dari
mendapat penyakit diabetes?
Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:
· Makan makanan berkhasiat
dan kalori terkawal dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan
berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan
mencegah penyakit jantung.
· Senaman dapat
memperbaiki kecergasan, membakar kalori dan oleh itu dapat mengurangkan lemak
dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam
darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.
· Kajian menunjukkan
obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan yang unggul
Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik yang biasanya
diberikan untuk merawat DIABETES ,
antaranya adalah :
LI4.,SJ8.,LI11.,Du20
Rujukan : Clinical Acupuncture & Moxibustion “The
Classical Chinese Medicines
Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang
diberikan adalah:
ACETIC ACID, LAC VACC.DEFI,ARSENICUM BROM
Rujukan: Select your remedy