MERAWAT CRAMPS DENGAN KAEDAH AKUPUNTUR
Kekejangan otot ia lah kontraksi otot
yang kuat di luar kawal. Kontraksi otot ini berterusan dan ia nya berlaku
secara tiba-tiba. Keadaan tersebut menimbulkan rasa sakit kuat yang mengganggu
pergerakkan anggota tersebut. Kekejangan otot sering kali berlaku ketika
bersukan dan semasa menjalankan aktiviti fizikal terutamanya di kalangan atlet.
Punca berlakunya kekejangan adalah
disebabkan oleh pengumpulan asid laktik dan bahan toksik secara berlebihan dan
pada masa yang sama mengakibatkan kandungan oksigen serta nutrien di dalam otot
semakin berkurangan.
Terdapat 3 jenis kekejangan otot:
1.
Kekejangan otot selepas bersenam
· Kontraksi otot luar
kawal yang menyakitkan berlaku semasa atau selepas bersenam.
· ‘Overexhaustion’, iaitu kehausan otot
berpunca dari aktiviti yang melebehi tahap kemampuan
· Fasa memanaskan dan
menyejukkan badan yang tidak mencukupi.
· Hanya berlaku pada otot
yang digunakan secara berlebihan daripada kemampuan.
2. Kekejangan otot akibat
keletihan
· Berlaku di kalangan
atlet yang banyak kehilangan elektrolit selepas banyak berpeluh.
3. Kekejangan otot akibat
cuaca panas
· Disebabkan kehilangan
sejumlah besar kuantiti air dan garam di dalam badan terutamanya selepas
bersenam di bawah suhu yang panas.
· Selalunya bermula di
bahagian kaki tetapi boleh melibatkan bahagian yang lain
Apakah factor punca
berlakunya kekejangan otot akibat bersenam?
·
Umur
– Individu berumur lebih cenderung mengalami kekejangan otot di sebabkan otot
badan yang mula kendur dan mengecil. Anggota badan mudah letih semasa aktiviti
fizikal.
·
Atlet
– Atlit acara jarak jauh mudah mengalami kekejangan terutamanya bila cuaca
panas. Kecederaan yang di alami semasa menjalani latihan di awal musim boleh
juga menjadi punca.
·
Dehidrasi
– Kurang pengambilan air dengan berpeluh yang berlebihan meningkatkan risiko.
·
Obesiti
– Otot yang menampung berat badan yang berlebihan sering kejang terutamanya
pada bahagian kaki. Dayatahan otot individu obese selalunya kurang .
·
Intensiti
dan tempoh senaman yang berlebihan – Senaman berintensiti tinggi yang dilakukan
secara berlebihan menjadi punca berlakunya kekejangan otot.
·
Teknik
regangan otot yang salah – Regangan otot yang dilakukan secara sambil lewa
sebelum memulakan senaman boleh mengakibatkan otot menjadi kejang.
Apakah simptom ketika berlakunya kekejangan akibat bersenam?
·
Kesakitan
otot yang berpanjangan dan berterusan selama beberapa minit semasa/selepas
senaman.
·
Kontraksi
luar kawal pada otot yang tegang.
·
Otot
kelihatan kering dan kusam.
·
Simptom
berkurangan selepas aktiviti dihentikan.
·
Simptom
dapat diatasi dengan melakukan regangan otot.
1.
Berhenti
dan berehat di kawasan yang mempunyai pengaliran udara yang baik.
2.
Minum
air yang mencukupi. Elak minum air berkafein yang akan merangsang anda membuang
air kecil.
3.
Letak
ais pada otot bagi mengurangkan intensiti sakit.
4.
Urutan
ringan akan membantu mengurangkan kekejangan.
5.
Lakukan
regangan secara perlahan sehingga simptom berkurangan
Bagaimana kekejangan
akibat bersenam dapat dielakkan?
·
Bersedia
sepenuhnya dari segi fizikal sebelum memulakan aktiviti.
·
Lakukan
regangan mencukupi ke atas otot yang cenderung mengalami kekejangan.
·
Pastikan
pengambilan nutrisi dan air yang mencukupi.
·
Mulakan
aktiviti dengan tempoh dan intensiti yang optimum.
·
Pastikan
air diminum pada kadar yang awal sekiranya berlaku dehirasi.
·
Kurangkan
berat badan yang berlebihan.
·
Banyakkan
pengambilan sayur dan buah-buahan di dalam diet.
Apakah komplikasi
akibat kekejangan otot?
·
Pengsan
·
Masalah
pernafasan
· Tidak sedarkan diri
RUJUKAN: http://www.myhealth.gov.my/kekejangan-otot-akibat-bersenam/
MELALUI KAEDAH RAWATAN AKUPUNTUR BEBERAPA TITIK YANG BIASANYA DIBERIKAN UNTUK MERAWAT KEKEJANGAN, ANTARANYA ADALAH :
Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang
diberikan adalah:
BENZOIC ACID, RHUS TOX, CALCAREA CARB.
Rujukan: Select your remedy.