Pengenalan
Migrain merupakan
salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Kira-kira 1 daripada 4
wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang
hayat mereka. Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan
menjadi lebih ketara pada zaman remaja. Umumnya migrain menjadi kurang kerap
selepas umur 45-50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup
mereka. Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang
untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga
terdekatnya juga mengidap migrain.
Migrain secara
umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama :
Migrain tanpa aura:
pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda amaran). Ini adalah 5 kali
lebih kerap daripada migrain dengan aura.
Migrain dengan
aura: sakit kepala didahului dengan aura.
Gejala-gejala
A. Sakit kepala
Sakit kepala
migrain biasanya terjadi pada sebelah kepala sahaja dan biasanya digambarkan
sebagai ‘berdenyut’. Kadang-kadang sakit juga boleh dirasai pada kedua-dua
belah kepala. Biasanya, kesakitan bertambah secara perlahan-lahan, selepas itu
ia beransur pulih dan hilang sepenuhnya selepas 4-72 jam. Kesakitan migrain
boleh berada pada tahap sederhana atau sangat sakit. Pesakit mengadu mereka
tidak dapat meneruskan kerja atau aktiviti-aktiviti apabila diserang oleh
migrain. Serangan migrain mungkin jarang berlaku, contohnya sekali dalam beberapa
bulan, atau kadang-kadang lebih kerap contohnya beberapa kali dalam seminggu.
Selain itu, pesakit
boleh merasa loya dan kadang-kadang muntah. Semasa serangan migrain, kebanyakan
pesakit tidak tahan dengan cahaya yang terang atau bunyi yang kuat, dan mereka
lebih selesa berbaring di dalam bilik yang gelap sehingga sakit kepala hilang.
Pergerakan kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.
B. Aura
Aura bermaksud
tanda-tanda amaran sebelum sakit kepala. Biasanya ia berlaku selama 1-15 minit.
Contoh-contoh aura ialah:
Aura penglihatan
(visual aura): contohnya kehilang sebahagian daripada penglihatan secara
sementara, dan kelipan cahaya seperti garisan zig-zag yang merebak sebelum
hilang sepenuhnya dari penglihatan
Perasaan kebas pada
bibir, muka dan tangan
Masalah pertuturan
Lain-lain: bau atau
perasaan yang aneh, sedikit kekeliruan dalam pemikiran
Sebelum setiap
serangan, pesakit mungkin mengalami perubahan dalam perasaan dan selera yang
tidak begitu ketara. Perasaan ini bermula beberapa jam atau beberapa hari
sebelum sakit kepala yang sebenar. Ini diikuti dengan aura, kemudian sakit
kepala. Akhirnya sakit kepala hilang secara beransur-ansur. Pada masa ini
pesakit mungkin berasa letih, senang marah, murung dan mungkin menghadapi
masalah untuk menumpukan perhatian.
C. Faktor pencetus:
Migrain mungkin
berlaku lebih kerap jika adanya faktor pencetus :
Makanan: alkohol,
buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine
(keju, yogurt, kacang dan sebagainya)
Persekitaran: merokok
atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau
cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising, dan bau yang
kuat contohnya minyak wangi
Psikologi:Kemurungan,
cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagaimya. Sesetengah serangan sakit
kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan, tetapi berlaku apabila
pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil
‘migrainhujung minggu’ (weekend migraine)
Ubat-ubatan: rawatan
hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.
Lain-lain: haid,
pertukaran masa tidur, putus haid
Namun begitu kesan
daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama bagi semua pesakit, contohnya
untuk sesetengah pesakit serangan migrain tidak menjadi lebih kerap walaupun
mereka mengambil keju dan coklat.
Ruj : - http://www.myhealth.gov.my/en/migrain/
Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik yang biasanya
diberikan untuk merawat migrain, antaranya adalah:
Li 4, Li 11, St 8, Du20, Ex 6, st36 titik distal dan sculp
Ruj : Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical
Chinese Medicine”
Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang
diberikan adalah
Bell, aconite, magn phos, pulsatilla, sepia, cham
Ruj : select you remedies