Tuesday, June 25, 2024

ANDA MENGALAMI KEPUTIHAN?

 

KEPUTIHAN LENDIR YANG MENYEKSAKAN

Perempuan dikenali dengan jantinanya, kemudian dibezakan lagi dengan kehadiran lahiriah seperti buah dada atau payudaranya, faraj, Rahim dan organ-organ lain yang lemah-lembut seperti lakunya seorang wanita. Kemudian dapat pula dilihat pada jiwanya yang seni, perwatakan keibuan, suri rumah tangga, berbudidan berbahasa.
Kelainan tersebut jelas dapat membezakan di antara kaum lelaki yang berwatakan lebih keras, kasar dan gentleman. Oleh kerana sifatnya yang amat berbeza dengan kaum lelaki, maka sudah pasti banyak hal dan penyakit yang amat berbeza dengan lelaki. 

Satu gejala penyakit yang akan kita bicarakan pada kali ini, ialah sejenis lelehan dari faraj, samada berbentuk cecair atau lender. Gejala ini lebih dikenali sebagai ‘Penyakit Keputihan’ atau “leucorrhoea’.

Bagi seorang wanita yang tidak biasa mengalami masalah ini, mereka merasa curiga apakah mereka dijangkiti penyakit kelamin, siflis, gonorea,barah pangkal Rahim atau mungkin AIDS.

LENDIR DALAM KEMALUAN

Sebetulnya keluaran lender dari faraj seseorang perempuan adalah suatu perkara biasa dan tidak harus dicurigakan. Keluaran lender keputihan dari kemlauan tidak semestinya menandakan penyakit, tetapi kehadirannya mungkin secara semulajadi.

Dalam kemaluan perempuan , terdapat banyakkilang lender yang terletak di sekitar dinding faraj dan pangkal Rahim. Fungsi utama lender ini Ialah untuk membasahkan kulit dinding faraj atau sel-sel pada faraj, kerana jika kering kulit ini akan menjadi luka atau cepat rosak.

Lendir ini juga mengandungi sejenis asam yang bertugas mencegah serangan kuman atau bacteria masuk ke dalamfaraj. Setengah kilang lender khususnya yang terletak di sekitar lubang faraj boleh mengeluarkan lender dengan banyaknya jika seseorang perempuan ini naik sahwatnya. Ini bertujuan untuk melicinkan pergesaran serta melakukan hubungan suami isteri.

Sekiranya seseorang perempuan tersebut naik syahwatnya disebabkan sesuatu ransangan, maka cecair berlendir akan keluar agak berlebihan.
Dalam keadaan seperti yang dinyatakan di atas, keluaran lender berlebihan adalah dianggap normal sekiranya lender tersebut berhenti mengalir keluar sebaik sahaja ransangan tersebut dapat dihentikan. Tetapi sekiranya dalam keadaan normal cecair tersebut tetap juga keluar dengan banyaknya, maka perempuan tersebut harus segera mendapat rawatan doctor bagi mengatasi masalah tersebut dengan baik.
Ubat-ubat homeopati baik digunakan di dalam kes-kes seperti ini:

PENGELUARAN LENDIR DIANGGAP NORMAL

>Mengikut pengalaman di klinik, saya dapati anak-anak perempuan pada usia lapan hingga sepuluh tahun pernah dibawa oleh  ibunya mengadukan soal-soal pengeluaran lender seperti ini. Bila diberitahu bahawa ini adalah normal, barulah ibu tersebut berasa lega. Namun ubat-ubat homeopati yang sesuai boleh diberi untuk membetulkan pengeluaran lendir yang berlebihan.

Perlu juga diketahui, bahawa sebaik saja seorang gadis sunti mencapai keperingkat remaja iaitu mula dating haid keluaran lendir pun menjadi lebih banyak kerana tindakan hormone perempuan yang mula mencapai dewasa.

Biasanya lender ini putih dan tidak menyebabkan gatal dan tidak berbau busuk. Pengeluaran cecair berlendir ini berbeza antara satu orang dengan orang lain. Ada orang mengeluarkan lender sederhana, sementara yang mengeluarkan lender sehingga dapat membasahi tuala perempuan. Jika pengeluaran lender sederhana tidak perlu di risaukan sangat, tetapi jika lendirnya keluar berlebihan ,harus segera berjumpa doctor untuk mendapat khidmat nasihat dan sebagainya.

BEBERAPA FAKTOR LENDIR KELUAR BERLEBIHAN

Pengeluaran lender dari faraj adalah dipengaruhi oleh paras hormone perempuan iaitu estrogen dan progesterone. Hormon tersebut berupaya menambah atau mengurangkan pengeluaran lender dari faraj. Jika seseorang perempuan itu naik syahwatnya oleh sebab-sebab tertentu, maka kilang lender akan bertindak mengeluarkan lendir yang agak berlebihan.

Hal ini dapat dilihat dalam kes perempuan yang memakan pil perancang keluarga, dimana pil tersebut memang mengandungi hormone estrogen dan progestron. Bila hormone tersebut bercampur dengan hormone yang sedia ada pada perempuan, maka peningkatan hormone bertambah dan berlakunya pengeluaran lendir yang berlebihan. Begitu juga berlaku di waktu kehamilan, pengeluaran cecair berlendir akan bertambah kerana peningkatan kedua-dua hormone tersebut.

Pengeluaran cairan berlendir turut bertambah sekiranya seorang perempuan itu bekerja dengan menggunakan tenaga berlebihan, mencuci pakaian berat , banyak berjalan, berolahraga atau sebagainya. Begitu juga dengan menggunakan fikiran yang berlebihan seperti sewaktu dekat peperiksaan, runsing, depress atau tension, turut mengganggu pengeluaran lender tersebut.

Sekiranya kilang yang mengeluarkan lender itu tidak berfungsi dengna baik, maka berlaku kekeringan dalam faraj seseorang perempuan dan bila berlaku perhubungan suami isteri, maka perempuan tersebut akan mengalami rasa kesakitan yang amat sangat, terutamanya terasa pedih dan nyilu bila bersama. Hal ini sering ditemui dikalangan wanita-wanita yang hamper putus haid di mana kesemua kilang pembiakan telah mengecut dan mongering. Persetubuhan diwaktu ini amat menyeksakan bagi setengah wanita.


Cecair keluar dari faraj yang agak luar biasa banyak nya disertakan gejala yang mencurigakan, harus segera dibawa kepengetahuan doctor seperti keluar cairan yang berwarna coklat, kelabu, hitam kekuningan , kadang kala seperti nanah, kadangkala pula seperti darah yang berketul, gatal atau nyilu dan sebagainya.

Jika lender berbau terlampau busuk, hamis dan hanyir adalah tanda-tanda yang patutdicurigakan, mungkin ada infeksi kuman atau bakteria. Mungkin juga ketumbuhan dalam Rahim atau mungkin jangkitan penyakit kelamin dan sebagainya. Hal-hal ini dapat dibuktikan dengan sah setelah menjalani pemeriksaan dengan seorang doctor pakar. Janganlah membuat andaian sendiri sebelum mendapat kepastian dari doctor.

Penyakit kelamin pula tidak akan merebak melainkan melalui persetubuhan dengan pembawa penyakit ini. Namun risiko dijangkiti penyakit ini amat tipis tanpa persetubuhan. Tetapi tidak mustahil berjangkit melalui sentuhan dengan kawan-kawan yang sudah pun memiliki penyakit ini. Kuman penyakit kelamin yang boleh merebak ialah gonococcuc dan trihomoniasis. Semetara kuman monilia lebih sering menyerang kemaluan sewaktu seorang ibu sedang hamil ataupun seorang perempuan yang mengalami penyakit kencing manis.

Gadis yang tidak menjaga kebersihan kemaluan mereka seringkali terdedah kepada serangan kuman tersebut. Jangkitan boleh berlaku melalui pakaian, tualamandi, seluar dalam dan lain-lain. Terutamnya bila berada  di tempat ramai seperti asrama, hotel dan lain-lain.

Satu lagi penyakit gatal pada kemaluan yang boleh berlaku dikalangan gadis atau perempuan yang tidak menjaga kebersihan faraj mereka ialah melalui jangkitan parasite.

Parasit ialah sejenis organisma yang bergantung hidup pada organisma lain seperti dikulit, kuku, rambut atau organ-organ berongga seperti mulut, telinga, dubur atau faraj.

Dalam penyakit lelehan pada faraj, sejenis parasite yang sering ditemui di sekitar kemlauan wanita ialah kutu ketam. Kutu ini biasanya suka tinggal di persekitaran kemaluan yang  kotor dan tidak terurus. Tempat utama yang sering ditemui ialah disekitar rerambut. Tanda jelas ialah pesakit merasa gatal yang agakserius,biladigarukulitakanmengelupasdanterjadilahlukakecil yang pedih.

Gatal akan bertambah kuat sekiranya terdapat lender atau lelehan yang kotor dan kering melekat dipersekitaran kemaluan tersebut.


Oleh itu untuk mengelakkan dari jangkitan penyakit keputikan ini setiap perempuan hendaklah menjaga kebersihan mereka dengan mencuci setiap waktu yang sesuai. Elak dari mengadakan hubungan seksual secara haram dan jangan bertukar pakaian dengan orang-orang yang tidak dikenali.