Wednesday, June 5, 2024

DEMAM MELALUI KAEDAH HOMEOPATHY

 

PENYAKIT FEVERS

 



Apakah itu demam virus

  • Demam viral (viral fever) adalah istilah untuk sekumpulan jangkitan virus yang menjejaskan kesihatan badan dan menyebabkan demam tinggi, sensasi terbakar di mata, sakit kepala, sakit badan dan kadang-kadang loya dan muntah.
  • Demam viral adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak dan orang tua kerana imuniti mereka lebih rendah. Jangkitan virus boleh berlaku di mana-mana bahagian badan misalnya usus, paru-paru, otak dan lain-lain. Demam yang tinggi biasanya merupakan tanda sistem imun badan memerangi jangkitan virus tersebut.
  • Demam virus biasanya disebabkan oleh jangkitan virus melalui udara, walaupun ia boleh disebarkan melalui saluran air. Walaupun anda boleh mengambil langkah-langkah pencegahan, ia adalah hampir mustahil untuk mencegah jangkitan virus melalui udara.
  • Demam virus membimbangkan dan dalam kebanyakan kes, ia boleh sembuh tanpa sebarang rawatan perubatan. Walaubagaimanapun, bukan mudah untuk membezakan antara jangkitan bakteria dan demam virus kerana mereka berkongsi gejala yang sama.
  • Oleh itu, anda harus berunding dengan doktor jika suhu badan anda mencapai 102 darjah Fahrenheit atau jika suhu badan anda tidak menurun selepas 48 jam.

Apakah penyebab demam virus

  • Demam virus berjangkit dari satu orang ke orang lain melalui sebarang bentuk hubungan dengan cecair badan individidu yang telah dijangkiti virus.
  • Apabila orang yang dijangkiti bersin, batuk, atau bercakap, semburan cecair yang keluar dari badan mereka mungkin masuk ke dalam sistem badan orang sekelilingnya. Apabila virus tersebut memasuki sistem badan anda, ia mengambil masa sekurang-kurangnya dari 16 jam hingga 48 jam untuk menyebabkan simptom demam di dalam badan anda.
  • Sesetengah “strain” demam virus yang merupakan punca demam berdarah disebarkan oleh nyamuk, gigitan “ticks”, atau melalui darah atau air mani orang yang dijangkiti. Sesetengah “strain” demam virus tertentu juga boleh memasuki badan manusia apabila seseorang menghirup udara berhampiran najis atau air kencing tikus yang dijangkiti.
  • Demam virus boleh disebabkan oleh lebih daripada satu jenis virus. Penyebab demam virus yang paling biasa adalah jangkitan virus yang menjejaskan saluran pernafasan, misalnya “acute viral rhinopharyngitis” dan ia adalah penyakit berjangkit yang paling biasa.
  • Selesema daripada jangkitan virus jarang menyebabkan komplikasi perubatan yang serius. Terdapat lebih daripada 200 virus berbeza yang boleh dikaitkan dengan selesema. Antara penyebab demam virus yang lain termasuk jangkitan sinus, virus “gastroenteritis”, “mononucleosis” (kissing disease), dan “seasonal influenza” (selesema bermusim).

 

Apakah tanda demam virus

Oleh kerana gejala demam virus sering menyerupai keadaan umum dan serius yang lain, anda harus mengambil tahu tentang gejala yang boleh membantu anda membezakan antara demam virus dan penyakit lain. Antara tanda yang anda perlu perhatikan adalah:

  • Demam yang sangat tinggi
  • Demam yang bersifat berselang-seli (berlaku secara berkala)
  • Demam sehingga menggigil
  • Demam yang tidak reda dengan ubat-ubatan
  • Demam yang berlarutan untuk masa yang lama
  • Sakit sendi
  • Kemuntahan
  • Muka bengkak
  • Ruam kulit
  • Sakit badan
  • Kelemahan
  • Keletihan
  • Hidung tersumbat
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Cirit-birit
  • Pening kepala
  • Sakit otot
  • Keradangan tekak
  • Selesema
  • Tonsil yang menyakitkan
  • Kurang selera makan

 

Bagaimanakah demam virus didiagnosiskan

Demam virus sering tidak dapat dibezakan dengan jangkitan bakteria kerana gejala yang biasa berlaku untuk kedua-dua jenis jangkitan adalah serupa. Kadang-kala, doktor akan membuat diagnosis berdasarkan tanda yang anda alami sahaja tetapi jika jangkitan teruk, anda perlu menjalani ujian darah untuk mengenalpasti diagnosis yang tepat.

 

Selain ujian darah yang lengkap, berikut adalah beberapa ujian untuk demam viral yang boleh dijalani:

 

Apakah rawatan demam virus

  • Sering kali, tiada rawatan khas untuk demam virus. Doktor akan memberi ubat tahan sakit dan ubat demam untuk mengurangkan kesakitan dan suhu badan anda. Ubat antibiotik tidak diberikan kerana ia tidak berkesan terhadap virus.
  • Ubat antibiotik hanya digunakan sekiranya jangkitan sekunder bakteria dikenal pasti. Rawatan antibiotik harus diambil untuk tempoh yang telah ditetapkan oleh doktor supaya jangkitan bakteria di dalam badan dapat dimusnahkan dengan efektif.
  • Jika anda berhenti mengambil rawatan antibiotik di pertengahan tempoh yang ditetapkan, badan anda akan menghasilkan bakteria “antibiotic resistant”. Pada masa yang akan datang, ubat antibiotik yang diberikan untuk sebarang penyakit mungkin tidak dapat mengatasi jangkitan bakteria dalam badan anda kerana kehadiran bakteria jenis “antibiotic resistant” di dalam badan anda.
  • Rawatan vaksin disyorkan untuk demam virus. Hal ini demikian kerana vaksin telah secara drastik mengurangkan bilangan kes penyakit-penyakit virus seperti polio, campak, dan cacar air. Di samping itu, vaksin boleh mencegah jangkitan seperti hepatitis A, hepatitis B, “human papilloma virus” (HPV), dan lain-lain.
  • Rawatan jangkitan virus amat mencabar kerana virus boleh berlindung di dalam sel-sel badan daripada disingkirkan oleh ubat.Bagi sesetengah penyakit virus, seperti jangkitan virus herpes simplex, HIV / AIDS, dan influenza, ubat antiviral telah berada dalam pasaran. Walaubagaimanapun, penggunaan ubat-ubatan antiviral tersebut telah dikaitkan dengan perkembangan “drug resistant microbes”. Justeru itu, penyelidikan secara lebih mendalam tentang kesan sampingan ini masih dijalankan.

Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang diberi adalah:-
Belladonna,chamomilla
Ruj : select you remedi

RUJUKAN : https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/gangguan-sistem-imun/demam/penyebab-demam



#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #shahalam #subangjaya #ttdijaya #glenmarie #bukitjelutong #seksyen13 #petalingjaya #seksyen7 #kelanajaya #seksyen9 #lamanglenmarie #kotadamansara #aradamansara #putraheights #subangsuria #puchongperdana #aradamansara #bukitjelutong #meru #seksyen36 #seksyen7 #seksyen22 #setiaalam #desaalam #cahayaalam  #puchongprima #kinrara #seksyen28 #seksyenu1 #seksyen19 #seksyen18