Sunday, June 9, 2024

KONJUNKTIVITIS DENGAN KAEDAH AKUPUNTUR


 

Gambar mata konjunktivitis disebabkan virus (merah dan berair)

Gambar mata konjunktivitis disebabkan bakteria (merah dan banyak discaj)

Gambar mata konjunktivitis disebabkan alahan (merah dan berbiji)

Konjunktivitis

Pengenalan

Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus. Penyebab-penyebab lain termasuklah alahan dan tindakbalas mata terhadap sesetengah jenis ubat mata.

& gejala

Gejala-gejala konjunktivitis termasuklah

mata merah,

discaj atau pengeluaran cecair atau lendir dari mata,

Rasa berpasir

Kadangkala gatal (terutama konjunktivitis alahan)

sensitif terhadap cahaya (fotofobia)

Ianya boleh terjadi pada sebelah mata atau kedua-duanya.

Komplikasi

Sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea. Sekiranya anda mengalami kesakitan, kabur penglihatan atau sensitif melampau pada cahaya di samping gejala-gejala mata merah, anda mungkin mengalami suatu keadaan yang lebih serius dari konjunktivitis. Jika ini berlaku anda dinasihatkan segera berjumpa pakar oftalmologi.

Rawatan

Rawatan adalah berbeza bergantung kepada sebab-sebab terjadinya konjunktivitis. Sekiranya gejala-gejala menunjukkan jangkitan viral konjunktivitis, ia boleh dirawat melalui penggunaan tuala sejuk yang diletakkan pada mata tersebut 3-4 kali sehari, disamping penggunaan ubat titis mata. Sekiranya jangkitan bakteria disyaki, maka ubat titis atau salap antibiotik diberikan. Sementara konjunktivitis alahan boleh dirawat dengan ubat titis antihistamin atau ubat titis “mast cell stabilizer“.

Pencegahan

Konjunktivitis boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi alat solek. Ianya boleh berlaku sebelum, semasa atau selepas demam selsema atau jangkitan pada saluran pernafasan kerana virus yang menyebabkan selsema juga boleh menyebabkan konjunktivitis

Maka, langkah pencegahan bagi megelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan. Antaranya adalah:

Basuh tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas menyentuh mata.

Elakkan sebarang sentuhan muka dengan orang lain sekiranya anda mengalami gejala konjunktivitis.

Jangan benarkan orang lain menggunakan barangan peribadi anda seperti tuala, bantal atau alat kosmetik.

Jangan gunasama ubat titisan atau salap mata

Buangkan ubat titisan dan salap mata yang berlebihan sekiranya konjunktivitis telah pulih

Sekiranya anda pengguna kanta sentuh, berhentilah menggunakannya untuk sementara waktu.

Mereka yang terlibat di dalam sektor penjagaan kesihatan, perkhidmatan makanan atau pendidikan, dinasihatkan agar tidak bekerja sehingga mata mereka kembali pulih kerana mereka ini mempunyai risiko yang tinggi untuk menyebabkan jangkitan kepada orang lain

RUJ :-http://www.myhealth.gov.my/konjunktivitis/#:~:text=Konjunktivitis%20adalah%20radang%20konjunktiva%20atau,terhadap%20sesetengah%20jenis%20ubat%20mata.




Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik yang biasanya diberikan untuk merawat conjunctivitis

antaranya adalah:- 

ST 1, ST 2, DU 20 

ruj : Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”



#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #shahalam #subangjaya #ttdijaya #glenmarie #bukitjelutong #seksyen13 #petalingjaya #seksyen7 #kelanajaya #seksyen9 #lamanglenmarie #kotadamansara #aradamansara #putraheights #subangsuria #puchongperdana #aradamansara #bukitjelutong #meru #seksyen36 #seksyen7 #seksyen22 #setiaalam #desaalam #cahayaalam  #puchongprima #kinrara #seksyen28 #seksyenu1#komunitiseksyen15 #suraujayavacancy #masjidaliklaspunchong #subangjayamarketcorner #pendudukseksyen23shahalam #komunitipuchong #puchongutama #putrabistari #masjidputraheights #apartmentsubang #tamanD'alpinia #damansara #pangsapuriperdana #pendudukbangsar #kotadamansara #wargapuchong