Saturday, December 24, 2016

Arthritis - Sakit sendi

Arthritis

Arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh di sebabkan oleh mekanisma "autoimmune", jangkitan, perubaha
n "degenerative" atau kecacatan pada baka.

Jenis-jenis arthritis adalah:

* Osteoarthritis (OA)
* Rheumatoid Arthritis
* Infectious arthritis
* Polymyalgia rheumatica

Tanda-tanda dan gejala

* Sakit sendi (lengan, pergelangan tangan, jari-jari, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan bahagian bawah tulang belakang terutama semasa dan selepas aktiviti.
* Bengkak di bahagian sendi dan dalam OA terdapat bengkak yang tegang di persekitaran sendi.
* Kekerasan sendi.
* Sakit di sekitar sendi.
* Deformiti.
* Krepitus semasa pergerakan (dalam OA).
* Otot mengecil (Otot peha bagi arthritis sendi lutut).
* Pergerakan sendi dan fungsi adalah terhad serta kurang upaya.
o sukar melakukan tugasan tertentu.
o sakit bertambah teruk apabila pergerakan berlebihan.

Faktor-faktor risiko osteoarthritis

* Peningkatan umur
* Kegemukan :
o di kedua - dua sendi lutut yang mendapat OA
* Keturunan:
o terutamanya OA yang terjadi pada semua sendi.
* Pergerakan yang keterlaluan.
* Kecederaan sendi yang teruk:
o Kepatahan tulang.
o Koyak pada bahagian meniscus.
o kerosakan pada ligamen
* Pekerjaan:
o OA sendi lutut dikalangan pekerja.
o OA sendi paha di kalangan petani.

Perawatan

* Perawatan OA melibatkan pendekatan pelbagai disiplin bertujuan untuk menghilangkan gejala dan memperbaiki fungsi sendi.
* Ia melibatkan rawatan tanpa ubatan dan penggunaan ubatan.
* Bagi kes-kes tertentu, pembedahan diperlukan.

Pendidikan pesakit

* Pesakit yang mengidap OA perlu diberitahu tentang penyakit tersebut dan kesan jangka panjangnya perlu di bincangkan.
* Pesakit yang memahami tentang penyakit tersebut dan kesannya akan dapat mengatasinya dengan lebih baik dan kurang mengadu sakit.
* Matlamat utama adalah untuk menanam sikap yang positif.

Penurunan berat badan

* Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan harus berazam mengurangkan berat badan.
* Penurunan berat badan akan mengurangkan kesakitan OA sendi lutut.
* Penurunan 5 kg berat badan akan mengurangkan tekanan keatas sendi lutut sebanyak 15-30 kg bagi setiap langkah.

Fisioterapi

* Fisioterapi perlu dimulakan secepat mungkin untuk memperbaiki pergerakan sendi. meningkatkan kekuatan otot, mengurangkan kesakitan dan mencegah hilang upaya.yang berlarutan.
* Semua pesakit perlu mengambil bahagian didalam program senaman untuk menggerakan sendi-sendi dan menguatkan otot-otot sekelilingnya.

Program senaman

* Program senaman perlu di khususkan untuk setiap individu.
* Gabungan senaman termasuk pergerakkan, meningkatkan kekuatan dan senaman aerobik berintensiti rendah yang bersesuaian.

Terdapat 2 jenis program senaman:

* Senaman gerakan sendi dan senaman meningkat kekuatan.

* Senaman isometrik adalah di galakan pada mulanya, diikuti dengan senaman berrintangan yang menggabungkan rangkaian senaman. Senaman ini perlu dilakukan setiap hari.

* Program aerobik
o Senaman aerobic yang di galakan adalah termasuk berjalan 30 minit 3 kali seminggu, berbasikal, berenang, menari aerobic dan terapi dalam air.

Perlindungan sendi
- Alat bantuan berjalan

* Bagi OA sendi paha dan lutut, penggunaan tongkat di sebelah bertentangan mengurangkan tekanan keatas sendi-sendi tersebut sebanyak 50%.
* Gunakan tongkat yang sesuai ketinggiannya.
* Bahagian atas pemegang tongkat harus sampai kepergelangan tangan pesakit apabila beliau berdiri.
* Kasut yang selesa dan penyerap retakan adalah digalakkan.

- Alat sokongan pada lutut

* Penggunaan alat sokongan lutut boleh mengurangkan bebanan kepada lutut yang bermasalah "degenerative".

- "Taping" pada Tempurung lutut

* Bagi OA petello-femoral, "Taping" pada bahagian medial tempurung lutut dan diikuti oleh senaman otot peha (quadriceps) boleh mengurangkan sakit dan memulihkan fungsi.

- Kaedah-kaedah mengurangkan kesakitan

* Kaedah terapi haba
o Kaedah terapi haba mungkin berguna untuk mengurangkan sakit, meningkatkan fleksibiliti dan mengurangkan bengkak.
o Kaedah terapi haba ini menggunakan bag tuam panas, Short Wave Diathermy dan ultrasound.
o Terapi haba tidak digalakan untuk sakit sendi yang akut.
* Kaedah Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS)
o TENS berkesan menghilangkan sakit jika digunakan selama lebih 4 minggu.
o Gabungan intensiti yang tinggi dan mod ledakan yang kuat adalah berkesan.

PEMULIHAN CARAKERJA

* Pemulihan carakerja membantu dalam mengurangkan hilangupaya aktiviti harian melalui penggunaan alatan yang diubahsuai.

Indikasi penggunaan alat sokongan (Splinting)

* Alat sokongan digunakan untuk memulihkan fungsi, membetulkan posisi sendi atau deformiti dan mengurangkan sakit.

Contoh: Alat sokongan perlindungan tangan (carpo-metacarpal) dan alat sokongan meluruskan sendi lutut.

* Ubahsuaian kasut
o Pengubahsuaian kasut termasuk meninggikan tumit dan penggunaan alat-alat sokongan bahagian tapak kaki.
* Pengurusan tekanan
o Sakit selalunya adalah gabungan kekejangan otot dan tanda-tanda tekanan.
o Jurupulih carakerja akan mengajar teknik dan aktiviti relaksasi yang terancang yang boleh membantu mengurangkan sakit.
* Pesakit mungkin perlu mengatur semula aktiviti-aktivitinya supaya sakit yang keterlaluan dapat diatasi.

Terapi Ubatan

Jenis-jenis terapi ubatan

* Ubat makan
* Suntikan dalam sendi
* Ubat sapu
* Lain-lain

Ubat makan

Pemberian ubatan untuk wargatua

* Fungsi buah pinggang dan hati menurun apabila umur meningkat.
* Dengan itu adalah penting untuk lebih berhati-hati semasa pemberian ubatan penahan sakit yang sering digunakan bagi wargatua.
* Panadol atau Paracetamol terbukti lebih kurang sama berkesan dengan ibuprofen untuk mengawal kesakitan dan perlu diberi keutamaan berbanding Ubat Antiradang Tanpa Steroid (NSAIDs).
* Ubat Penghalang COX-2 didapati berkesan sama seperti Ubat Antiradang Tanpa Steroid malah kurang kesan sampingan gastrik.Kebelakangan ini ianya terbukti selamat untuk jantung.
* NSAIDs perlu digunakan secara berhati-hati kerana kesan sampingannya seperti gastric, gangguan fungsi buahpinggang, bengkak kaki dan merangsang lemah jantung bagi sesetengah individu.
* Tramadol pula boleh menyebabkan sembelit dan kekeliruan dikalangan wargatua jika tidak berwaspada.

Terapi suntikan dalam sendi
Kaedah terapi ini hanya boleh dilakukan oleh pegawai perubatan yang terlatih sahaja.
Ubatan yang digunakan untuk suntikan dalam sendi adalah:

o Glucocorticoids
o Hyaluronan

Ubatan sapu

o Topical NSAIDs
o Methylsalicylate liniment (LMS)
o Capsaicin
o NSAID-mengandungi plaster berubat sebagai pilihan lain bagi rawatan arthritis.

Lain-lain

o Glucosamine
+ Glucosamine soleplate berguna untuk mengurangkan sakit dan memperbaiki fungsi sendi bagi pesakit dengan OA ringan dan sederhana.
+ Ia dapat menghentikan penipisan ruang antara sendi dan mengubah kesan jangkapanjang penyakit.

Pilihan Pembedahan

* Jika rawatan ubatan gagal iaitu sakit berterusan, rawatan pembedahan boleh dipertimbangkan.

Pengukuran yang diambilkira untuk memilih kaedah pembedahan terbaik:

* Kebarangkalian untuk berjaya dengan kaedah yang dipilih.
* Komplikasi-komplikasi kaedah tersebut.

Sebelum membuat pilihan kaedah pembedahan terbaik untuk pesakit, factor-faktor berikut perlu diambil kira;

* Umur pesakit.
* Sendi yang terlibat.
* Masa sesuai untuk pembedahan.
* Kepakaran dan kemahiran yang ada.

- Pilihan pembedahan termasuk:

* Arthroscopic debridement
* Ligamentous reconstruction
* Osteotomy
* Unicompartmental arthroplasty
* Total joint arthroplasty
* Arthrodesis

Pembedahan penukaran sendi sepenuhnya adalah pilihan terbaik bagi yang berumur melebihi 60 tahun.

Arthroscopic debridement

* Kaedah ini melegakan sementara gejala OA lutut yang ringan ke sederhana tetapi ia tidak dapat membetulkan proses degenaratif.
* Pesakit perlu di beritahu dengan jelas komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku dan pembedahan rekonstruktif seterusnya jika perlu.

Ligamentous reconstruction of the knee joint

* Tujuan utama kaedah ini adalah untuk mengurangkan sakit dan memulihkan kestabilan sendi.
* Pesakit perlu diberi kaunseling bahawa prosedur ini bertujuan untuk menyelamatkan sendi dari kerosakan.

Osteotomy

* Tujuan utama osteotomy adalah untuk mengurangkan sakit dan memperbaiki fungsi sendi.
* Osteotomy juga digunakan bagi sendi pinggul untuk menghilangkan gejala dan melambatkan pembedahan definitif.

Unicompartmental arthroplasty

* Secara tradisi, kaedah pembedahan ini digunakan untuk pesakit yang mengalami arthritis sendi lutut yang melibatkan satu bahagian khusus dikalangan pesakit berumur melebihi 60 tahun dan tidak aktif.
* Juga bermenafaat bagi pesakit yang mengalami deformiti sendi yang ringan dan sederhana serta sendi lutut tidak longgar.
* Teknik ini adalah susah dan dilaporkan berjaya dilakukan di pusat rawatan cemerlang.

Total joint arthroplasty

* Pembedahan menggantikan sendi sepenuhnya adalah pembedahan utama untuk osteoarthritis sendi lutut, pinggul dan bahu.
* Kebanyakan pesakit tidak lagi sakit dan mempunyai fungsi sendi yang hampir normal selepas berjaya di bedah.
* Penukaran sendi sepenuhnya bertahan selama 15 tahun atau lebih bergantung kepada tahap aktiviti fizikal.

Arthrodesis

* Prosedur ini terbukti berkesan mengurangkan sakit dan kebanyakannya dilakukan keatas sendi tulang belakang, sendi pergelangan tangan, tangan dan kaki.
* Bagi sendi lutut dan pinggul ianya cuma bertujuan untuk menyelamatkan sendi tersebut.

PENCEGAHAN PERINGKAT PRIMA

1. Pencegahan prima boleh menjadi kenyataan jika semua faktor-faktor risiko di ubah.
2. Kebanyakan faktor-faktor risiko ini adalah penting bagi sendi-sendi yang menampung berat badan.
3. Mengelakkan kegemukan, penurunan berat badan dan pendidikan Kesihatan mengenai teknik penjagaan dan perlindungan sendi termasuk dari kecederaan adalah digalakkan sebagai langkah pencegahan.
4. Adalah penting jika individu berisiko tinggi di kenalpasti untuk pencegahan awal.

Rawatan Alternatif:

1. Cara Homeopathy, makan ubat-ubat homeopati dari bahan-bahan organik atau semulajadi.
2. Cara rawatan akupunktur , letak jarum pada titik-titik tertentu di badan