Monday, April 22, 2024

MERAWAT PENYAKIT BRONKITIS DENGAN KAEDAH AKUPUNTUR & HOMEOPATHY

 




Bila saya harus berjumpa doktor?

 

Anda perlu berjumpa dengan doktor jika mempunyai tanda-tanda berikut:

·       Simptom yang dialami berlanjutan lebih daripada tiga minggu

·       Demam dengan suhu yang tinggi

·       Mengeluarkan lendir yang berubah warna

·       Keluar darah apabila batuk

·       Sesak nafas

Punca

Apa yang mengakibatkan penyakit bronkitis?

Jangkitan virus - Virus-virus ini adalah sama jenisnya dengan virus penyebab selesema dan flu

Penyebab jenis kronik - Merokok.

Pencemaran udara, habuk dan gas toksik yang berada di sekeliling atau di tempat kerja juga boleh memburukkan lagi keadaan ini. 

 

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko penyakit bronchitis?

Terdapat banyak faktor yang cenderung meningkatkan lagi risiko mendapat masalah ini, seperti:

 Anda merupakan perokok tegar.

Imun rendah

Warga emas, bayi dan kanak-kanak berisiko tinggi.

Anda bekerja dalam persekitaran yang memberikan kerengsaan kepada paru-paru seperti dalam industri tekstil atau pendedahan kepada asap kimia

Refluks gastrik.  Masalah pedih ulu hati secara berulang kali boleh menyebabkan kerengsaan pada tekak. Keadaan ini boleh meningkatkan kecenderungan untuk mengalaminya

Diagnosis & rawatan

SILA berunding dengan doktor anda!!

 

Bagaimana penyakit bronkitis didiagnosis?

Selepas mengetahui mengenai simptom yang dialami, doktor anda akan menggunakan stetoskop untuk memeriksa paru-paru anda semasa bernafas. Ujian lanjut juga akan disarankan, seperti:

 

  •      X-ray 
  •       Ujian sputum.
  •       Ujian fungsi paru-paru turut akan dilakukan untuk mengukur jumlah udara di dalam paru-paru yang boleh anda tahan dan berapa lama masa diperlukan untuk mengeluarkan udara daripada paru-paru. Selain itu, ujian ini juga boleh menyemak tanda-tanda asma atau emfisema

 

Bagaimana penyakit bronkitis dirawat?

  •       Jika anda mempunyai masalah bronkitis akut, doktor akan memberikan preskripsi beberapa jenis ubat yang akan dapat membantu mengurangkan gejala anda. Antara ubat biasa diberikan adalah termasuk:
  •       Antibiotik. Ubat ini tidak berfungsi dengan baik pada bronkitis, tetapi doktor memberikannya untuk mencegah risiko jangkitan bakteria jika tahap rintangan anda adalah rendah
  •       Ubat batuk. Batuk secara berlebihan boleh mencederakan tekak dan bronkus anda. Jika batuk yang dialami menyukarkan anda untuk tidur, maka anda perlu mengambil ubat batuk
  •       Ubat lain. Jika anda mempunyai alahan, asma atau penyakit paru obstruktif kronik (COPD), doktor mungkin akan menyarankan anda untuk mengambil inhaler atau ubatan lain yang dapat membantu mengurangkan keradangan dan membuka laluan udara sempit di dalam paru-paru
  •       Jika anda mempunyai bronkitis akut, adalah penting untuk anda menjalani proses pemulihan.
  •       Terapi ini akan menyediakan program latihan pernafasan yang mengajar anda untuk bernafas dengan lebih mudah dan meningkatkan keupayaan anda untuk bersenam. 

Pencegahan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh diambil untuk menangani bronkitis?

Gaya hidup dan rawatan rumah berikut mungkin akan dapat membantu anda mengurangkan risiko mengalami penyakit bronchitis, iaitu:

 

  •       Berhenti merokok
  •       Pakai topeng muka jika anda terdedah kepada persekitaran yang tercemar, khususnya apabila anda keluar atau membersihkan rumah
  •      Gunakan pelembap udara (humidifier). Udara yang hangat, lembap dapat membantu melegakan batuk dan mengurangkan lendir pada saluran pernafasan
  •      Latihan pernafasan “bibir pursed”
  •      Elak sumber bahan yang menyebabkan kerengsangan paru-paru (asap, habuk, pencemaran udara)
  •      Cuci tangan kerap untuk elak terdedah kuman & bakteria
  •      Minum air yang banyak ( 8 hingga 12 gelas sehari)

RUJUKAN : https://hellodoktor.com/keadaan-telinga-hidung-tekak/hidung/hidung-tersumbat/

RAWATAN HOMEOPATHY & AKUPUNTUR

  •       Semua simptom bronkitis homeopati boleh bantu
  •       Homeopati akan bantu menyelesaikan yang paling mengganggu dahulu
  •       Sebagai contoh, sesak nafas. homeopati akan selesaikan acute attack.
  •       Setelah selesai, homeopati akan beri ubat constitution. Ubat ini fungsinya untuk betulkan balik keadaan badan. Pulihkan keadaan supaya dan semakin kurang attack bronkitis itu.
  •       Bila makin kurang, lama-lama dah tak ada simptom ini dan boleh menyembuhkan.

Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik yang biasanya diberikan untuk merawat alergi, antaranya adalah:

Du 20.,LU 1.,UB 13., Lu 5.,Li 4

RUJUKAN : CLINICAL ACUPUNTURE & MOXIBUSTION “THE CLASSICAL CHINESE MEDICINE”

Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang diberikan adalah:

Rujukan: Select your remedy

Aconite N, Bryonia, Ipec,



Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, pastikan anda mendapatkan rundingan dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik masalah kesihatan yang anda hadapi.


#aradamansara #putraheights #subangsuria #puchongperdana #aradamansara #bukitjelutong #meru #seksyen36 #seksyen7 #seksyen22 #setiaalam #desaalam #cahayaalam  #puchongprima #kinrara #seksyen28 #seksyenu1