1. Apa itu kelemumur?
Kelemumur
adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara
berlebihan
2. Apakah tanda-tanda
kelemumur?
· Kulit kepala gatal dan menggelupas
· Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur)
berwarna putih dan berminyak pada rambut, bahu
· Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur)
berwarna putih dan berminyak pada pakaian
3. Bagaimana mencegah
berlakunya kelemumur?
·
Syampu
rambut anda dengan kerap sekiranya kulit kepala anda berminyak
·
Elakkan penggunaan
bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur, gel dan mousse
rambut
4. Apa penyebab kulit
mengelupas?
Keadaan |
Ciri-ciri |
Kulit kering |
·
Gatal ·
Kelupasan
kulit yang kecil dan kurang berminyak |
Seborrheic dermatitis |
·
Kulit
kemerahan dan berminyak ·
Kelupasan
kulit berwarna putih atau kekuningan ·
Melibatkan
kawasan yang banyak kelenjar minyak seperti bulu kening, belakang telinga,
hidung dan pangkal peha |
Psoriasis |
·
Kelupasan
kulit yang tebal, bersisik dan berkilat ·
Tidak
menjejaskan pertumbuhan rambut ·
Kawasan
yang sering terlibat adalah kulit kepala, lutut, siku dan bahagian badan |
Contact dermatitis |
·
Kulit
kepala kemerahan, gatal dan bersisik ·
Disebabkan
oleh alahan kepada produk penjagaan rambut yang tertentu |
Rawatan alternative
Keadah ubat
homeopathy
·
SANICULA 200
·
PHOSPHORUS 200
·
GRAPHITES