Apakah itu fibroid?
- Fibroid adalah ketumbuhan
yang paling sering dilihat pada sistem reproduktif wanita. Fibroid, juga
dikenali dalam istilah lain seperti myomas, leiomyomas, atau fibroma rahim
yang merupakan ketumbuhan yang padat yang terhasil daripada sel-sel otot
dan tisu penghubung yang berkembang di rahim. Walaupun mereka terdiri
daripada otot yang sama seperti dinding uterus (myometrium), mereka lebih
padat daripada myometrium biasa. Dianggarkan bahawa di antara 20 hingga 50
peratus wanita usia reproduktif mempunyai fibroid, walaupun tidak semua
dikenal pasti. Sesetengah kiraan menganggarkan bahawa fibroid akan ditemui
dalam golongan wanita sewaktu mereka hamil, walaupun hanya kira-kira satu
pertiga daripada fibroid ini yang cukup besar untuk dikesan oleh doktor
semasa pemeriksaan fizikal.
- Fibroid biasanya
adalah ketumbuhan yang jinak (bukan kanser). Mereka mungkin berbeza
ukuran dan saiz. Walau bagaimanapun, fibroid yang sangat besar boleh
menyebabkan tekanan pada pundi kencing atau organ berdekatan yang lain,
menyebabkan sakit bahagian bawah perut atau pendarahan yang berlebihan
semasa haid.
- Jenis fibroid yang
dialami oleh golongan wanita bergantung kepada lokasinya pada rahim.
Antaranya adalah:
- Fibroid intramural: Jenis
ketumbuhan yang paling biasa. Jenis-jenis ini muncul di dalam dinding
otot uterus. Fibroid intramural boleh membesar dan boleh meregangkan
rahim anda.
- Fibroid subserosal: Fibroid
ini biasanya terbentuk di luar rahim anda pada lapisan yang dipanggil
serosa. Mereka boleh tumbuh cukup besar untuk menjadikan rahim anda
kelihatan lebih besar pada satu bahagian.
- Fibroid pedunculated:
Fibroid subserosal boleh membentuk tangkai pada dasar fibroid yang
menyokong ketumbuhan tersebut.
- Fibroid submukosal: Jenis
fibroid ini berkembang di lapisan otot tengah, atau myometrium dari rahim
anda dan boleh tertolak ke dalam rongga rahim.
- Fibroid serviks: Ketumbuhan
ini berakar di leher rahim dan jarang berlaku.
Apakah penyebab fibroid?
Perkembangan fibroid masih tidak jelas, tetapi beberapa faktor
boleh mempengaruhi pembentukannya. Kemungkinannya perkembangan fibroid
berkaitan dengan tahap estrogen dan progesterone kerana tahap hormon-hormon
lebih tinggi semasa tahun-tahun reproduktif wanita. Antara penyebab yang
mungkin menyebabkan pembentukan fibroid adalah:
- Hormon: estrogen dan progesteron adalah
hormon yang dihasilkan oleh ovari. Mereka menyebabkan lapisan rahim
bertumbuh semula semasa setiap kitaran haid dan boleh merangsang
pertumbuhan fibroid.
- Faktor keturunan: fibroid boleh berlaku di
dalam keluarga. Jika ibu, kakak, atau nenek anda mempunyai fibroid, anda
juga boleh menghadapinya.
- Kehamilan: kehamilan meningkatkan
pengeluaran estrogen dan progesteron dalam badan anda. Fibroid boleh
berkembang dan berkembang dengan pesat semasa anda mengandung. Mereka juga
lebih cenderung untuk berkembang apabila seorang wanita mengambil pil
kawalan kelahiran yang mengandungi estrogen.
- Obesiti: berat badan berlebihan boleh
menjadi penyebab fibroid.
Apakah tanda-tanda fibroid?
Gejala yang dihadapi bergantung kepada bilangan ketumbuhan
fibroid, lokasi dan saiznya. Antara tanda-tanda fibroid adalah:
·
Haid yang berlebihan dan menyakitkan, juga dikenali
sebagai menorrhagia
·
Kekejangan perut yang semakin teruk
·
Kitaran haid yang berlarutan untuk tempoh panjang
·
Kekurangan darah (anaemia) akibat haid berlebihan
·
Sakit belakang bahagian bawah atau sakit kaki
·
Sembelit
·
Ketidakselesaan di bahagian bawah perut terutamanya dalam kes
fibroid yang besar
·
Sakit semasa hubungan seksual, dikenali sebagai dyspareunia
·
Masalah proses melahirkan anak
·
Masalah kehamilan
·
Masalah kesuburan
·
Keguguran berulang
·
Peningkatan berat badan
·
Bengkak pada perut bahagian bawah.
Apabila fibroid berkembang, ia boleh terus membesar sehingga
menopaus. Apabila tahap estrogen jatuh selepas menopaus, fibroid biasanya akan
susut dalam saiz. Jika ketumbuhan anda sangat kecil atau anda sedang menopaus,
anda mungkin tidak mempunyai sebarang gejala. Hal ini kerana wanita yang
menopaus akan mengalami penurunan tahap estrogen dan progesteron dan hormon
inilah yang merangsang pertumbuhan fibroid.
Apakah rawatan fibroid?
Terdapat pelbagai jenis cara untuk merawat fibroid rahim.
Rawatan hanya disyorkan untuk wanita yang mengalami gejala yang menjejaskan
aktiviti harian. Lokasi fibroid, keparahan gejala yang dialami, dan rancangan
seseorang untuk hamil pada masa depan mempengaruhi keputusan jenis rawatan yang
hendak diperolehi.
Ubat untuk merawat simptom seperti pendarahan yang banyak:
·
Ubat tahan sakit yang dikenali sebagai Non-steroidal
anti-inflammatory drugs (NSAIDs): Contoh ubatan adalah Mefenamic acid dan
Ibuprofen. Ubatan ini berfungsi untuk menghentikan pembuluh darah kecil yang
menyebabkan pendarahan rahim. Kira-kira 50% kehilangan darah dapat dikurangkan.
NSAID mungkin berkesan untuk mengurangkan kesakitan disebabkan oleh fibroid dan
tidak menjejaskan kesuburan.
·
Pil perancang kehamilan: Lebih dikenali sebagai pil kontraseptif.
Pil ini membantu mengawal kitaran ovulasi, dan mereka boleh membantu
mengurangkan kesakitan atau pendarahan semasa haid.
·
Sistem intrauterine Levonorgestrel (LNG-IUS): Satu peranti
plastik yang kecil diletakkan di dalam rahim untuk melepaskan hormon yang
dipanggil levonorgestrel secara sedikit demi sedikit. Hormon ini mengelakkan
lapisan dalam rahim daripada berkembang terlalu cepat dan sekali gus pendarahan
haid dapat dikurangkan.
Ubat-ubatan untuk mengecutkan fibroid:
·
GnRH agonist: Ubat ini berfungsi untuk mengecutkan fibroid.
Antara kesan sampingan ubatan ini adalah anda mungkin mengalami gejala seperti
hendak menopaus, termasuklah kilasan panas, berpeluh dengan lebih banyak,
kekeringan faraj, dan, dalam beberapa kes, risiko osteoporosis yang lebih
tinggi. Ubat ini juga diberikan sebelum pembedahan untuk mengecutkan fibroid.
Ubat ini hanya digunakan dalam jangka masa yang pendek sahaja.
Pembedahan untuk fibroid
Fibroid yang teruk mungkin tidak bertindak balas terhadap
pilihan rawatan yang lebih konservatif, dan pembedahan mungkin diperlukan.
Doktor yang merawat boleh mempertimbangkan prosedur berikut:
·
Hysterectomy: Prosedur ini adalah pembuangan sebahagian atau
keseluruhan rahim. Prosedur ini membantu mengubati fibroid yang sangat besar
atau pendarahan yang berlebihan.
·
Myomectomy: Prosedur ini adalah penyingkiran fibroid daripada
dinding otot rahim. Ia membantu wanita yang masih merancang untuk hamil pada
masa depan.
Terdapat juga rawatan yang terkini dan tidak memerlukan
pembedahan seperti:
·
Uterine artery embolisation (UAE): Prosedur ini biasanya
digalakkan untuk wanita yang mempunyai fibroid yang besar. Pakar radiologi
biasanya akan menjalankan prosedur ini. Bahan kimia akan disuntik melalui
saluran pada kaki dipandu oleh pencahayaan sinaran fluoroskopik. Dengan ini,
saluran darah ke fibroid akan dihalang dan sekaligus mengecutkan ketumbuhan
tersebut.
·
Endometrial ablation: Prosedur ini menghapuskan lapisan di dalam
rahim dengan menggunakan laser. Jika terdapat fibroid yang kecil yang berada
pada permukaan dalam rahim, ia akan sekaligus dihapuskan.
· MRI guided percutaneous laser ablation: Teknik ini adalah antara prosedur yang baru untuk merawat fibroid dengan penggunaan MRI. Suatu pemeriksaan MRI digunakan untuk mencari fibroid. Jarum halus kemudian dimasukkan melalui kulit dan tisu badan pesakit sehingga mereka mencapai fibroid yang disasarkan. Peranti laser dimasukkan melalui jarum untuk mengecutkan fibroid.
Apakah penyebab fibroid?
Perkembangan fibroid masih tidak jelas, tetapi beberapa faktor
boleh mempengaruhi pembentukannya. Kemungkinannya perkembangan fibroid
berkaitan dengan tahap estrogen dan progesterone kerana tahap hormon-hormon
lebih tinggi semasa tahun-tahun reproduktif wanita. Antara penyebab yang
mungkin menyebabkan pembentukan fibroid adalah:
- Hormon: estrogen dan progesteron adalah
hormon yang dihasilkan oleh ovari. Mereka menyebabkan lapisan rahim
bertumbuh semula semasa setiap kitaran haid dan boleh merangsang
pertumbuhan fibroid.
- Faktor keturunan: fibroid boleh berlaku di
dalam keluarga. Jika ibu, kakak, atau nenek anda mempunyai fibroid, anda
juga boleh menghadapinya.
- Kehamilan: kehamilan meningkatkan
pengeluaran estrogen dan progesteron dalam badan anda. Fibroid boleh
berkembang dan berkembang dengan pesat semasa anda mengandung. Mereka juga
lebih cenderung untuk berkembang apabila seorang wanita mengambil pil
kawalan kelahiran yang mengandungi estrogen.
- Obesiti: berat badan berlebihan boleh
menjadi penyebab fibroid.
Apakah tanda-tanda fibroid?
Gejala yang dihadapi bergantung kepada bilangan ketumbuhan
fibroid, lokasi dan saiznya. Antara tanda-tanda fibroid adalah:
·
Haid yang berlebihan dan menyakitkan, juga dikenali
sebagai menorrhagia
·
Kekejangan perut yang semakin teruk
·
Kitaran haid yang berlarutan untuk tempoh panjang
·
Kekurangan darah (anaemia) akibat haid berlebihan
·
Sakit belakang bahagian bawah atau sakit kaki
·
Sembelit
·
Ketidakselesaan di bahagian bawah perut terutamanya dalam kes
fibroid yang besar
·
Kerap kencing
·
Sakit semasa hubungan seksual, dikenali sebagai dyspareunia
·
Masalah proses melahirkan anak
·
Masalah kehamilan
·
Masalah kesuburan
·
Keguguran berulang
·
Peningkatan berat badan
·
Bengkak pada perut bahagian bawah.
Apabila fibroid berkembang, ia boleh terus membesar sehingga
menopaus. Apabila tahap estrogen jatuh selepas menopaus, fibroid biasanya akan
susut dalam saiz. Jika ketumbuhan anda sangat kecil atau anda sedang menopaus,
anda mungkin tidak mempunyai sebarang gejala. Hal ini kerana wanita yang
menopaus akan mengalami penurunan tahap estrogen dan progesteron dan hormon
inilah yang merangsang pertumbuhan fibroid.
Apakah rawatan fibroid?
Terdapat pelbagai jenis cara untuk merawat fibroid rahim.
Rawatan hanya disyorkan untuk wanita yang mengalami gejala yang menjejaskan
aktiviti harian. Lokasi fibroid, keparahan gejala yang dialami, dan rancangan
seseorang untuk hamil pada masa depan mempengaruhi keputusan jenis rawatan yang
hendak diperolehi.
Ubat untuk merawat simptom seperti pendarahan yang banyak:
·
Ubat tahan sakit yang dikenali sebagai Non-steroidal
anti-inflammatory drugs (NSAIDs): Contoh ubatan adalah Mefenamic acid dan
Ibuprofen. Ubatan ini berfungsi untuk menghentikan pembuluh darah kecil yang
menyebabkan pendarahan rahim. Kira-kira 50% kehilangan darah dapat dikurangkan.
NSAID mungkin berkesan untuk mengurangkan kesakitan disebabkan oleh fibroid dan
tidak menjejaskan kesuburan.
·
Pil perancang kehamilan: Lebih dikenali sebagai pil kontraseptif.
Pil ini membantu mengawal kitaran ovulasi, dan mereka boleh membantu
mengurangkan kesakitan atau pendarahan semasa haid.
·
Sistem intrauterine Levonorgestrel (LNG-IUS): Satu peranti
plastik yang kecil diletakkan di dalam rahim untuk melepaskan hormon yang
dipanggil levonorgestrel secara sedikit demi sedikit. Hormon ini mengelakkan
lapisan dalam rahim daripada berkembang terlalu cepat dan sekali gus pendarahan
haid dapat dikurangkan.
Ubat-ubatan untuk mengecutkan fibroid:
·
GnRH agonist: Ubat ini berfungsi untuk mengecutkan fibroid.
Antara kesan sampingan ubatan ini adalah anda mungkin mengalami gejala seperti
hendak menopaus, termasuklah kilasan panas, berpeluh dengan lebih banyak,
kekeringan faraj, dan, dalam beberapa kes, risiko osteoporosis yang lebih
tinggi. Ubat ini juga diberikan sebelum pembedahan untuk mengecutkan fibroid.
Ubat ini hanya digunakan dalam jangka masa yang pendek sahaja.
Pembedahan untuk fibroid
Fibroid yang teruk mungkin tidak bertindak balas terhadap
pilihan rawatan yang lebih konservatif, dan pembedahan mungkin diperlukan.
Doktor yang merawat boleh mempertimbangkan prosedur berikut:
·
Hysterectomy: Prosedur ini adalah pembuangan sebahagian atau
keseluruhan rahim. Prosedur ini membantu mengubati fibroid yang sangat besar
atau pendarahan yang berlebihan.
·
Myomectomy: Prosedur ini adalah penyingkiran fibroid daripada
dinding otot rahim. Ia membantu wanita yang masih merancang untuk hamil pada
masa depan.
Terdapat juga rawatan yang terkini dan tidak memerlukan
pembedahan seperti:
·
Uterine artery embolisation (UAE): Prosedur ini biasanya
digalakkan untuk wanita yang mempunyai fibroid yang besar. Pakar radiologi
biasanya akan menjalankan prosedur ini. Bahan kimia akan disuntik melalui
saluran pada kaki dipandu oleh pencahayaan sinaran fluoroskopik. Dengan ini,
saluran darah ke fibroid akan dihalang dan sekaligus mengecutkan ketumbuhan
tersebut.
·
Endometrial ablation: Prosedur ini menghapuskan lapisan di dalam
rahim dengan menggunakan laser. Jika terdapat fibroid yang kecil yang berada
pada permukaan dalam rahim, ia akan sekaligus dihapuskan.
·
MRI guided percutaneous laser ablation: Teknik ini adalah antara
prosedur yang baru untuk merawat fibroid dengan penggunaan MRI. Suatu
pemeriksaan MRI digunakan untuk mencari fibroid. Jarum halus kemudian
dimasukkan melalui kulit dan tisu badan pesakit sehingga mereka mencapai
fibroid yang disasarkan. Peranti laser dimasukkan melalui jarum untuk
mengecutkan fibroid.
· Melalui kaedah
rawatan akupuntur beberapa titik yang biasanya diberikan untuk merawat
antaranya :
·
REN 2,REN
3,ST25,ST36
·
·
Rujukan : https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/kesihatan-wanita/fibroid-rahim/tanda-tanda-fibroid#:~:text=Fibroid%20biasanya%20adalah%20ketumbuhan%20yang,pendarahan%20yang%20berlebihan%20semasa%20haid.
·
Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang diberikan
adalah
·
LAPIS ALBUS,PALLADIUM ,CALCAREACARB
·
Rujukan : select your remedy
#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #shahalam #subangjaya #ttdijaya #glenmarie #bukitjelutong #seksyen13 #petalingjaya #seksyen7 #kelanajaya #seksyen9 #lamanglenmarie #kotadamansara #aradamansara #putraheights #subangsuria #puchongperdana #aradamansara #bukitjelutong #meru #seksyen36 #seksyen7 #seksyen22 #setiaalam #desaalam #cahayaalam #puchongprima #kinrara #seksyen28 #seksyenu1#bandra kirara# warga puchong# putra bestari# penduduk seksyen 13#komuniti Banda sir damansar# khas penduduk mont kiara# ttdi Banda utama# penduduk bangar petaling # penduduk kualu lumpur bangsar cheras# metropolitan square damasara perdana