Apakah Vertigo?
Vertigo adalah sensasi palsu di mana diri sendiri, persekitaran, atau kedua-duanya bergerak atau berpusing, biasanya disertai dengan loya dan hilang keseimbangan.
Vertigo boleh terjadi akibat dari satu keadaan yang menjejaskan telinga dalam atau sebahagian daripada otak manusia yang melibatkan keseimbangan badan.
Apakah punca-punca vertigo?
Ia boleh berpunca daripada punca periferal atau central atau gabungan kedua-duanya sekali.
Vertigo disebabkan oleh gangguan telinga dalam atau sistem vestibular.
Sistem vestibular terdiri daripada semicircular canals, vestibule (Utricle dan saccule) dan saraf vestiburlar.
Punca utama gangguan vestibular periferal adalah disebabkan oleh kondisi Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV), yang melibatkan 32% daripada semua vertigo periferal. Sebab-sebab lain termasuk penyakit Meniere, Labryrinthitis, neuronitis.
Vertigo disebabkan kecederaan pada brainstem atau cerebellum. Punca utama gangguan Vestibular central adalah transience ischaemic attack, vestibular schwannoma / cerebellar tumours, cervical spine disorder, migraine headaches, multiple sclerosis ,disfungsi otak dan sakit kepala migraine
Siapakah mudah terdedah kepada Vertigo?
- Melibatkan 2.5% daripada penduduk umum (US) (Hain 2009)
- 1 daripada 5 orang dewasa yang terlibat (Yardley 1998)
- Gejala yang biasa bagi pesakit yang melebihi 65 tahun (65%)
Apakah tanda dan gejala Vertigo?
- Rasa berpusing
- Pening
- Loya
- muntah
- Ketidakseimbangan
- Penglihatan kabur
- Sukar berjalan
Apakah diagnosa vertigo yang biasa dirawat oleh Ahli fisioterapi?
Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV)
Unilateral Vestibular hypofunction (eg vestibular labrynthitis, neuronitis, meniere’s disease)
Bilateral vestibular loss (ubat / ototoxicity, keturunan)
Psychogenic vertigo
Diagnosis vestibular tidak jelas (post traumatic vertigo, multifactorial disequilibrium of the elderly)
Bagaimana Ahli fisioterapi boleh membantu pesakit Vertigo?
Ahli fisioterapi akan menjalankan penilaian untuk menentukan apa sebenarnya masalah yang dihadapi dan menentukan jenis rawatan yang akan diberi.
Tujuan rawatan fisioterapi adalah terdiri daripada:
Mengurangkan pening yang disebabkan pergerakan kepala (Shepard & Telian, 1993)
Meningkatkan kestabilan pandangan (Herdman, 2003)
Meningkatkan keseimbangan dan fungsi-fungsi berjalan (Krebs et al, 2003)
Meningkatkan kecergasan dan daya tahan
Mengurangkan risiko jatuh (Hall et al, 2004)
Teknik posisi untuk BPPV
Meningkatkan tahap aktiviti umum.
Apakah Perawatan Fisioterapi?
Rawatan fisioterapi adalah bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh pesakit.
Rawatan adalah melibatkan latihan :
Habituation
Penyesuaian
Keseimbangan.
Gaya berjalan.
Kekuatan otot.
Fleksibiliti
Lain-lain rawatan adalah :
Teknik posisi canalith
Pencegahan dari jatuh
Pendidikan pesakit
Selepas diagnosa ditentukan, selain penilaian pelan rawatan akan dirancang untuk memenuhi matlamat anda. Ahli fisioterapi akan membantu untuk memulihkan ketidakselesaan anda.
Diagnosis yang tepat tentang vertigo akan memberi kejayaan yang memberangsangkan dalam tempoh jangka masa yang pendek.
- Pesakit duduk, melihat objek / sasaran yang tidak bergerak, manakala kepala bergerak dari kanan dan kiri / bergerak ke atas dan ke bawah.
- Sasaran perlu jelas semasa latihan.
- Latihan harus bermula secara beransur-ansur, perlahan-lahan meningkatkan kelajuan, jarak sasaran (dekat / jauh), kekerapan dan latar belakang.
5.Latihan berjalan untuk mengurangkan pening semasa berjalan.
- Berjalan dalam garis lurus sambil melihat ke kiri dan ke kanan.
- Berjalan dalam garis lurus sambil melihat ke atas dan ke bawah.
- Berjalan sambil membaling bola dari sisi ke sisi.
Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik yang biasanya diberikan untuk merawat vertigo, antaranya adalah :
DU 20, Ex.1,Ex.2.,GB 8.
Rujukan : Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”
Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang diberikan adalah:
Chinium,Cocculus,Chenopodium,Graphites,Natrum Sul,Magnesia Carb,Belladonna
Rujukan: Select your remedy.
#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #shahalam #subangjaya #ttdijaya #glenmarie #bukitjelutong #seksyen13 #petalingjaya #seksyen7 #kelanajaya #seksyen9 #lamanglenmarie #kotadamansara #aradamansara #putraheights #subangsuria #puchongperdana #aradamansara #bukitjelutong #meru #seksyen36 #seksyen7 #seksyen22 #setiaalam #desaalam #cahayaalam #puchongprima #kinrara #seksyen28 #seksyenu1 #seksyen19 #seksyen18